wrapper

Berita Terkini

السبت 8 ذو القعدة 1439   |   Saturday July 21 2018
Tuesday, 10 July 2018 00:00

Wanita IKRAM alu-alukan pelantikan YB Fuziah sebagai Timbalan Menteri di JPM

Rate this item
(0 votes)

Kenyataan Media
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
5 Julai 2018 / 21 Syawal 1439H

WANITA IKRAM MENGALU-ALUKAN PELANTIKAN YB FUZIAH SALLEH SEBAGAI TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (AGAMA)

Wanita IKRAM, dengan sukacitanya mengalu-alukan pelantikan YB Fuziah Salleh sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Agama) dalam kabinet baharu Kerajaan Pakatan Harapan.

Pelantikan ini adalah amat bertepatan sekali dengan pengalaman dan penglibatan aktif beliau sebagai aktivis di dalam beberapa NGO Islam sejak beliau menuntut di luar negara lagi. Keupayaan beliau dalam memimpin organisasi terbukti apabila beliau pernah terpilih membarisi kepimpinan organisasi pemuda The Young Muslims United Kingdom, (1988-1992) yang dianggotai oleh ahli dari pelbagai bangsa dan kewarganegaraan di United Kingdom.

Sekembalinya beliau ke tanah air, beliau terus bergiat aktif dalam NGO Islam dan pernah menerajui Kepimpinan Sayap Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dari tahun 1993 hingga 1999. Beliau telah melepaskan jawatan tersebut kerana terlibat secara langsung sebagai aktivis politik. Kini, YB Fuziah Saleh telah menjadi Ahli Parlimen Kuantan memasuki penggal ketiga dan telah berjaya membawa suara rakyat Kuantan ke peringkat Parlimen dalam pelbagai isu.

Wanita IKRAM yakin dengan ketokohan, kewibawaan dan penghayatan Islam yang baik, YB Fuziah Saleh sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), akan berupaya membawa perubahan besar dalam memimpin institusi-institusi Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan cemerlang berdasarkan tadbir urus yang baik dan bermanfaat kepada ummah.

DATIN PADUKA CHE ASMAH IBRAHIM
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 59 times Last modified on Tuesday, 10 July 2018 02:56

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!