wrapper

Berita Terkini

السبت 26 ذو القعدة 1438   |   Saturday August 19 2017
Thursday, 20 July 2017 00:00

Demo Untukmu Al-Aqsa: Seruan Buat Ahli IKRAM

Rate this item
(0 votes)

EDARAN SEGERA | SERUAN BUAT AHLI IKRAM

DEMONSTRASI AMAN: UNTUKMU AL-AQSA

Ikhwah dan akhawat, ahli -ahli IKRAM yang dikasihi sekalian.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita penutupan Masjid al-Aqsa dan pembunuhan tiga pemuda Palestin di perkarangan Masjid Al-Aqsa pada jumaat, 14 Julai 2017.

Kezaliman terbaru ini adalah antara sebahagian dari perancangan jahat dan licik Israel dalam melaksanakan pelan pengyahudian Masjid al-Aqsa (Judaization of Masjid al-Aqsa) yang telah mereka lakukan semenjak peristiwa An-Naksah pada 6 - 10 Jun 1967.

Pertubuhan IKRAM Malaysia telah bersama-sama bergabung bersama beberapa NGO dan Al-Quds Foundation Malaysia (QFM) menganjurkan Demo Aman: Untukmu Al-Aqsa pada jumaat ini, 21 Julai 2017 bertempat di Masjid Tabung Haji, KL selepas solat Jumaat.

IKRAM dengan ini menyeru kepada semua ahli seluruh negara dan di setiap peringkat agar turun bersama-sama secara aman ke demo ini dengan ikhlas, semoga amal ini menjadi saksi kita di hadapan Allah SWT bahawa kita senantiasa bersama perjuangan pembebasan bumi Al-Quds.

Selain itu, saya juga menyeru agar semua ahli:

1) Menyebarluaskan info dan maklumat berkenaan misi ini melalui jaringan masing-masing agar masyarakat umum cakna dan turut sama membantu.

2) Bersama-sama membantu menggerakkan MyCARE di Negeri dan Kawasan menjalankan kempen #SAVEALAQSA di lokaliti.

Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas pengorbanan antum dalam membantu menggalas tugas ini dan semoga kita istiqamah dalam jalan ini agar semua menemui pencipta kita dalam keadaan masih berjuang dan berjihad pada jalan Allah.

Daripada;
Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Jawatankuasa Pembelaan Umat Sejagat
Pertubuhan IKRAM Malaysia

20 Julai 2017

Read 369 times Last modified on Thursday, 20 July 2017 07:55

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Our website is protected by DMC Firewall!