wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 8 شعبان 1439   |   Tuesday April 24 2018
Sunday, 01 January 2017 00:00

Teruskan Komitmen Memacu Perubahan

Rate this item
(5 votes)

Perutusan Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Sempena Tahun Baru 2017
1 Januari 2017 / 2 Rabiulakhir 1438H

Teruskan Komitmen Memacu Perubahan

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (daripada amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan." (al-Hasyr 59:18)

Sempena Tahun Baru 2017, IKRAM menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk melakukan muhasabah diri dan mengimbas kembali segala perjalanan kehidupan tahun 2016 serta berazam untuk memperbaiki dan mengislah diri, keluarga dan masyarakat agar ia memberi impak positif dan landasan terbaik kepada perubahan dan masa depan negara tercinta.

Ingatlah bahawa perubahan itu bermula daripada diri kita sendiri dan setiap daripada kita perlu memainkan peranan yang signifikan dalam mengubah lanskap perjalanan negara ke arah yang lebih baik.

Dengan keazaman ini juga, IKRAM meneruskan komitmen untuk memacu perubahan masyarakat dan negara bagi mencapai visinya untuk membina Malaysia menjadi Negara Rahmah berasaskan maqasid syariah sebagai neraca penimbang dalam berhadapan dengan pelbagai isu kehidupan untuk memelihara nilai-nilai kehidupan manusia, kemanusiaan manusia, diri manusia, organisasi masyarakat dan persekitaran kehidupan manusia.

Ciri-ciri asas Negara Rahmah yang diimpikan ialah:

1. Kepemimpinan Negara yang Kompeten dan Berintegriti
2. Sistem Pemerintahan yang Berasaskan Semak dan Imbang yang Berkesan
3. Tadbir Urus yang Baik
4. Undang-undang yang Adil
5. Masyarakat yang Berilmu, Berakhlak dan Penyayang
6. Institusi Keluarga yang Utuh
7. Hubungan Etnik dan Penganut Agama yang Harmoni
8. Ekonomi yang Mampan
9. Agihan Kekayaan yang Saksama
10. Pembangunan yang Lestari
11. Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Rakyat yang Terpelihara
12. Menerajui Usaha keamanan dan Kesejahteraan Sejagat

Marilah kita bersama-sama menjayakan agenda perubahan ini dan menghulurkan tenaga untuk memperbaiki situasi negara agar mencapai tahap perkembangan dan kemajuan yang lebih baik, insya-Allah.

Selamat menyambut Tahun Baru 2017.

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM

Read 2509 times Last modified on Monday, 02 January 2017 02:47

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!