wrapper

Berita Terkini

الجمعة 18 ربيع الأوّل 1441   |   Friday 15 November 2019


SERI KEMBANGAN - Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyokong sepenuhnya langkah kerajaan Malaysia untuk membuka kedutaan khusus untuk Palestin di Jordan yang diumumkan semasa Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) ke-18 di Baku Congress Centre, Azerbaijan baru-baru ini.

"Pengumuman Tun Dr Mahathir untuk membuka kedutaan Palestin di Jordan dalam persidangan NAM baru baru ini adalah satu isyarat jelas kepada negara-negara anggota NAM bahawa badan berkecuali tersebut tetap mempunyai tanggungjawab moral untuk membela mana-mana pihak yang dizalimi secara sistematik seperti di Palestin," kata Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor.

Tambahnya, sebagai badan kemanusiaan yang mengurus bantuan kemanusiaan ke Palestin sejak tahun 2010, MyCARE percaya langkah ini mampu memperkemas dan melicinkan lagi proses penghantaran bantuan oleh Malaysia kepada rakyat Palestin yang memerlukan.

"Sekatan berterusan Israel ke atas Gaza, rampasan tanah dan polisi aparteid Israel di Tebing Barat serta cubaan Amerika Syarikat, sekutu kuat Israel, untuk melumpuhkan badan khusus Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menguruskan keperluan lebih 5 juta pelarian Palestin, UNRWA, menuntut kepada langkah proaktif daripada negara-negara di dunia," ujar Dr Hafidzi.

Sehubungan dengan itu, katanya, MyCARE menganggap langkah ini sebagai tindakan yang tepat bagi mencabar wewenang Amerika Syarikat dan negara-negara sekutu Israel yang mengiktiraf tindakan Israel merampas wilayah Baitulmaqdis Timur daripada rakyat Palestin.

"MyCARE bersedia membantu pihak kerajaan dalam menjayakan langkah strategik ini melalui pejabat kami di Gaza, rangkaian perhubungan kami di peringkat antarabangsa dan rakyat Malaysia yang menyumbang ke Palestin melalui MyCARE."

Pada bulan lalu, Tun Dr Mahathir yang membidas Israel dan kuasa-kuasa besar yang melindungi entiti haram tersebut persidangan PBB dan kini ia diperkukuhkan dengan komitmen untuk membela rakyat Palestin dengan lebih jitu melalui pembukaan kedutaan.

Kredit foto: The Star

Last modified on Thursday, 31 October 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!