wrapper

Berita Terkini

السبت 20 صفر 1441   |   Sunday 20 October 2019


SERI KEMBANGAN - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Pusat Pembangunan Ulama (Markaz Takween al-Ulama) Mauritania telah memeterai kerjasama dalam bidang kebajikan dan pendidikan.

Perjanjian persefahaman (MoU) telah ditandatangani oleh Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad dan Pengarah Markaz Takween al-Ulama, Dr Muhammad Mukhtar al-Mami semalam di Ibu Pejabat IKRAM.

"Kerjasama ini melibatkan bidang kebajikan dan pendidikan khususnya pengajian dan pelatihan tenaga pengajar ilmu-ilmu syariah dan bahasa Arab," kata Dr Parid.

Tambah beliau, kerjasama pendidikan merangkumi kursus-kursus pengajian jangka pendek untuk guru-guru serta pembangunan guru bahasa Arab.

"Kita juga akan melaksanakan projek-projek kebajikan dan mengaktifkan penyelarasan, operasi serta sokongan dalam bidang yang memiliki kepentingan bersama."

Delegasi Markaz Takween al-Ulama diketuai Dr Muhammad al-Mukhtar bersama Ketua Jabatan Pendidikan, Muhammad Cheikhna Sidi al-Haj, Ibrahim Muhammad Salim serta seorang ahli parlimen, usahawan dan mahasiswa.

Selain Dr Parid, IKRAM turut diwakili Ketua Pegawai Operasi, Hj Nordin Shafie, pegawai Presiden, Hj Salman Sirad dan beberapa orang staf Ibu Pejabat IKRAM.

Markaz Takween al-Ulama di Mauritania terkenal sebagai salah satu pusat pembangunan ulama yang terbesar di Afrika Barat, yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad Hasan al-Dedew, Timbalan Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

Last modified on Wednesday, 18 September 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd