wrapper

Berita Terkini

الإثنين 21 ربيع الأوّل 1441   |   Monday 18 November 2019

BANGI: Penyelidik Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektrik (IMEN), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Abdul Rahman Mohmad muncul sebagai pengarang utama jurnal terkenal dunia, Nature Materials.

Hasil kajian beliau yang juga ahli Persatuan Akademia IKRAM Malaysia (IKRAM Academia) berkaitan penggunaan hidrogen sebagai asas sumber tenaga pada masa depan, berjaya meletakkan beliau sebaris penyelidik bertaraf global.

Kejayaan pertama membabitkan penyelidik tempatan itu dicapai beliau menerusi makalah berjudul "Ultra high-current-density niobium disulphide catalysts for hidrogen evolution".

Makalah berkenaan mula diterbitkan pada Isnin lalu, Nature Materials adalah jurnal terbaik dengan ranking nombor satu di dunia dalam bidang kimia fizikal dan fizik gunaan.

Dr Abdul Rahman berkata, kajian hampir dua tahun bermula 2016 itu bakal memberi kesan langsung kepada industri tenaga hijau sejagat.

Hasil penyelidikan berkenaan kata beliau, berpotensi mengurangkan kos penghasilan tenaga hijau yang digunakan dalam pelbagai bidang terutama bahan api kenderaan.

"Majoriti hidrogen dihasilkan gas asli tetapi kita berjaya menemui kaedah lestari melalui proses elektrolisis. Menerusi makalah ini dinyatakan mengenai hidrogen dihasilkan menggunakan niobium disulfide.

“Dua kejayaan penting kajian ini adalah menggunakan bahan kos rendah 100 kali ganda lebih berdaya saing tetapi menghasilkan prestasi setanding menggunakan platinum," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi mengumumkan mengenai kejayaan terbitan berkenaan di sini, semalam.

Turut hadir Naib Canselor UKM, Prof Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor dan Pengarah Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT, Kementerian Pendidikan, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Mohd Zain.

Tahniah kepada Dr Abdul Rahman Mohmad. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada beliau dan saintis yang lain untuk menyumbang kepada perubahan dunia yang lebih lestari.

Pautan:

1. https://www.nature.com/articles/s41563-019-0463-8

2. https://scholar.google.com/citations?user=I0SdlnsAAAAJ&hl=en

Sumber: Berita Harian | IKRAM Academia
Kredit foto: Utusan

Last modified on Thursday, 29 August 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!