wrapper

Berita Terkini

السبت 20 صفر 1441   |   Sunday 20 October 2019


KELANA JAYA – Buat julung kalinya Masjid Al-Hidayah telah bekerjasama dengan Hidayah Centre Foundation (HCF) bagi mengadakan aktiviti Jelajah Masjid sempena Jamuan Terbuka Hari Raya 2019 pada Ahad, 30 Jun di sini.

Program yang diadakan telah dihadiri lebih 1,000 orang tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat penduduk sekitar Masjid Al-Hidayah.

“Jamuan Terbuka Hari Raya ini sememangnya sentiasa dinanti-nantikan para penduduk sekitar,” kata wakil HCF.

Rata-rata tetamu bukan Islam, menyatakan inilah kali pertama mereka menjejakkan kaki ke dalam masjid ini.

“Saya sudah 35 tahun tinggal di sebelah masjid ini, tetapi inilah kali pertama berpeluang masuk ke dalamnya,” kata salah seorang tetamu, Encik Loviirajaratnam.

Beliau cukup teruja dan gembira dengan kesempatan yang diperolehi ini.

“Selain itu, beliau kini mendapat pengetahuan yang lebih jelas lagi mengenai agama Islam dan peranan yang dimainkan oleh masjid.”

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku, YB Lim Yi Wei turut berpeluang bersama-sama menikmati juadah hari raya juga menyampaikan hadiah duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

“Lebih 20 orang tetamu bukan Islam yang turut hadir tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti Jelajah Masjid yang diadakan,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, tetamu bukan Islam yang lain turut teruja apabila mendapat penerangan mengenai ibadah solat yang dilakukan oleh umat Islam di dalam masjid.

“Tetamu wanita juga berpeluang mengenakan hijab di reruai “How Do I Look in Hijab?” dan mereka turut berpeluang bertanyakan sebarang persoalan mengenai agama Islam yang akan dijawab oleh para aktivis HCF.”

HCF berharap semoga lebih banyak lagi masjid yang dapat membuka pintu kepada masyarakat bukan Islam untuk mendapatkan informasi yang lebih tepat lagi mengenai agama Islam.

Tahniah kepada semua sukarelawan juga aktivis HCF yang meluangkan masa menyantuni masyarakat bukan Islam dalam program ini.

Semoga aktiviti Jelajah Masjid ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang dengan mendapat sokongan penuh daripada institusi masjid keseluruhannya, insya-Allah.

Last modified on Tuesday, 02 July 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!