wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 23 صفر 1441   |   Wednesday 23 October 2019


PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah melancarkan lima siri video pendidikan kanak-kanak bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa gangguan seksual semalam.

Video berbentuk iklan dengan tempoh kurang satu minit setiap siri itu boleh ditonton melalui saluran YouTube seperti video lagu kanak-kanak, siri kartun dan sebagainya.

Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, YoTtube pada masa ini menjadi medium pendidikan interaktif yang dilayari ribuan kanak-kanak setiap hari.

"Kebanyakan ibu bapa membenarkan anak-anak mereka melayari YouTube bukan tujuan hiburan semata-mata, malah ia turut menjadi sumber pendidikan interaktif bagi anak-anak mereka," katanya kepada pemberita semalam.

Justeru katanya melalui medium berkenaan, kanak-kanak boleh diajar berkaitan sentuhan selamat (safe touch) dan sentuhan tidak baik (bad touch) bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa jenayah seksual.

“Kanak-kanak perlu mengetahui dan perlu diajar apa itu 'safe touch' dan 'bad touch' seawal mungkin.

“Dengan pelancaran video ini, kita amat berharap kanak-kanak akan dapat mengenal pasti sebarang petanda atau tingkah laku yang mencurigakan seawal mungkin daripada pelaku kesalahan seksual di kalangan ahli keluarga atau kenalan yang dikenali rapat,” jelasnya.

Wan Azizah berkata, kementeriannya menyasarkan siri video berkenaan akan ditonton oleh 150,000 kanak-kanak sebelum akhir tahun ini.

Sementara itu Timbalan Menteri, Hannah Yeoh yang turut hadir dalam majlis pelancaran video berkenaan berkata, program intervensi itu akan memfokus kumpulan sasar iaitu kanak-kanak prasekolah.

“Ini adalah satu usaha bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Malaysians Against Pornography dan Google.

“Google akan memantau program ini dengan mempromosi dan sebagainya,” kata Hannah.

Dalam pada itu, keluarga kanak-kanak yang menjadi mangsa seksual disaran membuat laporan dengan menghubungi Talian Kasih 15999 dan Talian Kecemasan 999.

Video-video tersebut boleh dilayari melalui saluran YouTube KPWKMTV dengan pautan berikut:

PSA Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak

Bil. 1: https://youtu.be/OgqLIcy3Qts

Bil. 2: https://youtu.be/QVSQtVZRhHU

Bil. 3: https://youtu.be/1qYSfgHS5Fc

Bil. 4: https://youtu.be/KIoXsRVrVrA

Bil. 5: https://youtu.be/5mFr0pVuLgE

Sumber: Malaysiakini
Foto: Facebook Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Laman Rasmi

Last modified on Tuesday, 25 June 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!