Print this page


YALA - Seramai 10 orang wakil Sekretariat Kadet Remaja Sekolah (KRS) MUSLEH telah mengikuti lawatan dan muzakarah bersama beberapa persatuan memanah tradisional Thailand pada 25-26 Mei lalu.

 Tujuan pertemuan dan muzakarah adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala dan menjemput mereka untuk menyertai MUSLEH International Students Archery Championship (MISTAC’19).

Kejohanan ini bakal berlangsung pada 27-28 Julai ini di Kem Bina Semangat, Ampang Pechah, Hulu Selangor anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, IKRAM MUSLEH dan KRS MUSLEH dengan kerjasama Persatuan Memanah Tradisional MUSLEH (METRA).

“Pertemuan telah dimulakan dengan bertemu dengan tiga persatuan memanah tradisional wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat, Thailand,” ujar wakil KRS MUSLEH.

Rombongan yang diketuai oleh Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa telah disambut mesra oleh wakil ASSA Thailand dan Tim Waqaf Archery, Traditional Archery Institute of Thailand dan As Salam Tradisional Archery Club.

Turut diadakan majlis berbuka puasa bersama rombongan yang hadir.

Last modified on Wednesday, 12 June 2019
Our website is protected by DMC Firewall!