wrapper

Berita Terkini

الأحد 15 رمضان 1440   |   Sunday 19 May 2019


PASIR GUDANG - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Yayasan IKRAM Malaysia telah menyumbang set pakaian seragam sekolah kepada 103 pelajar yang terlibat dengan bencana pencemaran Sungai Kim Kim baru-baru ini.

"Sumbangan tersebut bagi menggantikan pakaian mereka yang terpaksa dilupuskan seluruhnya lantaran terkena pecemaran bahan kimia semasa krisis tersebut,” kata Ketua Pengurusan Yayasan IKRAM Malaysia, Prof Madya Hj Ainullotfi Abdul Latif.

Sumbangan telah disampaikan oleh beliau dalam satu majlis yang telah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih di sini pada 14 April lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Kluster Khidmat Masyarakat dan Kebajikan IKRAM berkata, pelajar-pelajar yang terlibat adalah daripada empat buah sekolah berdekatan dengan Sungai Kim Kim.

“(Sekolah-sekolah tersebut ialah) Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih, Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort.”

Turut hadir semasa penyampaian tersebut ialah Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pasir Gudang Tn Hj Mohd Nasir Mohd Yunus, Pengurus Yayasan IKRAM Malaysia (Johor), Cikgu Ramlee, Guru Besar SK Taman Pasir Putih, Cikgu Abd Rashid dan tuan rumah program, Pengetua SMK Taman Pasir Putih iaitu Cikgu Wardah.

Selain penyerahan sumbangan, majlis turut diserikan dengan perkongsian mengenai ‘hazard’ dalam persekitaran oleh perunding keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH), En Ahmadon Bakri.

Sebelumnya telah berlaku kejadian pencemaran sisa bahan kimia yang menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang diarahkan supaya ditutup dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim pada 7 Mac lalu.

Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan kecemasan sebanyak RM6.4 juta sebagai bantuan segera untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan kepada mangsa dan keluarga serta kakitangan keselamatan yang terdedah dengan bahaya pencemaran itu.

Last modified on Friday, 19 April 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!