wrapper

Berita Terkini

الإثنين 24 المحرّم 1441   |   Monday 23 September 2019

 

SERI KEMBANGAN - Pasukan bola sepak IKRAM Muda FC (IMFC) telah disempurnakan pelancarannya pada 30 Mac lalu oleh Ketua IKRAM Muda, Sdr Muhammad 'Afifi Ahmad Kamil mewakili Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad.

Turut menyampaikan ucapan perasmian, beliau ditemani Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM, Prof Madya Hj Ainullotfi Abdul Latif yang menerima jersi khas IMFC Fan Edition sebagai simbolik pelancaran pasukan. 

Lebih menarik, jersi rasmi skuad IMFC turut diperagakan oleh pemain-pemain IMFC sendiri iaitu kapten pasukan Sdr Johari Marwan berjersi biru sebagai jersi tuan rumah dan pemain tengah Sdr Hafiz Emir mengenakan jersi IMFC berwarna merah sebagai jersi di tempat lawan.

Sementara itu Sdr Amirul Afiq, penjaga gol IMFC menyarung jersi penjaga gol berwarna kuning untuk dipadankan dengan mana-mana jersi yang dipakai skuad IMFC semasa perlawanan berlangsung.

Antara objektif utama majlis pelancaran ini adalah untuk menerangkan berkenaan projek IMFC yang dibentang secara menyeluruh oleh Presiden IMFC sendiri, Sdr Ahmad Taqiyuddin Shahriman.

Majlis disusuli dengan satu sesi dialog bersama Presiden IMFC yang dikendalikan oleh Sdr Marwan Abdullah, Pengerusi IKRAM Legal dengan keterlibatan para hadirin dalam bertanya soalan dan cadangan yang konstruktif kepada IMFC.

Borang sumbangan fizikal dan dalam talian juga telah diedar dan dihebahkan sejurus sahaja majlis pelancaran bermula, yang mana IMFC membuka 500 lot sumbangan untuk dibeli oleh semua ahli masyarakat awam, terutamanya ahli IKRAM (Klik di sini: http://bit.ly/jomBantuIMFC).

Dengan pelancaran ini, IMFC akan membuka lebih banyak peluang untuk berinteraksi dengan sesiapa sahaja di luar pasukan, dan kemudian menyumbang kepada perkembangan IMFC baik dari segenap segi, insya-Allah.

Lagi foto majlis: http://bit.ly/imfc-launch

Last modified on Monday, 08 April 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!