wrapper

Berita Terkini

السبت 20 صفر 1441   |   Sunday 20 October 2019

KUALA LUMPUR - Bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019, Wanita IKRAM menggesa supaya isu kesaksamaan gender dan pemberdayaan wanita diberi perhatian terutamanya dari aspek perlindungan sosial, capaian kepada perkhidmatan awam dan peningkatan infrastruktur.

Menurut Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh usaha ini memerlukan penglibatan daripada semua pihak untuk memastikan tidak ada wanita yang ketinggalan.

“Usaha ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak, baik daripada pihak kerajaan dan agensi-agensinya, badan-badan korporat, pertubuhan-pertubuhan sosial dan gerakan-gerakan di peringkat komuniti dan akar umbi, bagi memastikan semua wanita di setiap lapisan masyarakat tidak ketinggalan,” kata beliau dalam kenyataan media sempena Seminar Hari Wanita Antarabangsa 2019 di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini.

Wanita IKRAM turut menyenaraikan enam penegasan yang perlu diambil perhatian iaitu:

1. Mengiktiraf kepentingan wanita dalam seluruh sisi pembangunan samada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

2. Mengiktiraf prinsip kesaksamaan lelaki dan wanita dalam mengukuhkan institusi keluarga melalui amalan bekerjasama, berganding bahu, permuafakatan serta saling melengkapi.

3. Mengiktiraf keupayaan dan kebebasan wanita memberi pandangan dan membuat keputusan dalam pelbagai peringkat, selaras dengan hasrat kerajaan yang mensasarkan 30% keterlibatan wanita sebagai pembuat keputusan.

4. Memberi galakan, sokongan, kemudahan dan prasarana khusus untuk wanita muda, ibu muda, ibu tunggal, wanita terpinggir, wanita kelainan upaya dan warga emas.

5. Meningkatkan kesejahteraan hidup wanita dengan penambahbaikan infrastruktur yang mengutamakan keselamatan wanita.

6. Menggalakkan penyediaan Aturan Kerja Anjal yang lebih meluas kepada pekerja wanita khususnya ibu muda bagi membolehkan mereka menyeimbangi masa antara kerjaya dan keluarga.

Seminar Hari Wanita Antarabangsa 2019 dianjurkan bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia dan IKIM dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Gerakwanis serta rakan media Kumpulan Media Karangkraf, Sinar Harian dan TV AlHijrah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof turut hadir merasmikan seminar yang dihadiri kira-kira 300 orang peserta dan melancarkan sebuah buku bertajuk “CEDAW: Pengaruh dan Impak Undang-undang Antarabangsa Terhadap Pembangunan Wanita Malaysia”.

Sebelum itu, Wanita IKRAM juga menggerakkan aktiviti flashmob serentak di 18 lokasi seluruh negara pada Jumaat, 8 Mac lalu sempena Hari Wanita Antarabangsa di samping menganjurkan pertandingan foto "Berinovasi Untuk Perubahan" dan foto-foto yang dihasilkan dipamerkan dalam seminar tersebut.

Hadir sama dalam seminar itu Ketua Pengarah IKIM, Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin; Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Dr Mohd Zaidi Ismail, Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad dan Setiausaha Agung IKRAM, Hj Mahdzir Md Isa.

Last modified on Tuesday, 19 March 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd