wrapper

Berita Terkini

الأحد 19 ذو القعدة 1440   |   Sunday 21 July 2019


SERI KEMBANGAN - MyCARE akan melancarkan kempen '1 Group 1 Orphan' sempena bulan Mac sebagai Bulan Anak Yatim bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk menaja anak yatim Palestin, Syria, Iraq, Filipina dan Rohingya secara berkumpulan.

“Dengan tajaan serendah RM228/setahun seorang, kempen ini juga mengalakkan penyumbang untuk menaja lebih ramai anak-anak yatim yang memerlukan bantuan tanpa mengira fizikal, jantina, umur dan negara,” ujar MyCARE.

Dengan nilai yang mampu taja yang terdiri daripada 10 orang penyumbang bagi tempoh 12 bulan, borang tajaan boleh didapati pada setiap gambar anak yatim yang ingin ditaja dan akan didaftarkan setelah ahli kumpulan cukup 10 orang.

Gambar-gambar anak yatim boleh didapati di pautan http://bit.ly/1Group1Orphan.

“Pihak kami akan menghubungi anda setelah borang diterima untuk pengesahan kumpulan anak yatim yang akan ditaja.”

Menurutnya, pendaftaran dengan sumbangan sebanyak RM228 setahun untuk seorang anak yatim, semua kumpulan yang telah mendaftar akan diberikan profil anak yatim yang telah ditaja dan laporan tahunan setiap tahun.

“Justeru, marilah kita menjayakan kempen ini agar dapat kita bersama-sama membantu meringankan beban dan memberi keceriaan pada wajah anak-anak yatim ini.”

Sila salurkan pembayaran tajaan kepada Humanitarian Care Malaysia Berhad melalui berikut:

Maybank - 5515 7500 4299

Bank Islam - 1209 20100 34904

CIMB - 8602 135 592

Hantarkan bukti pembayaran kepada MyCARE melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau Whatsapp: 013-7444760.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pn Norlela Hussin di talian 03-89412341 / 013-7444760.

Last modified on Wednesday, 06 March 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!