wrapper

Berita Terkini

الخميس 16 ذو القعدة 1440   |   Friday 19 July 2019

SERI KEMBANGAN - Prof Datuk Dr Harlina Halizah Siraj menyatakan, untuk melangkah ke hadapan, sebagai sebuah komuniti Malaysia yang bijak dan saksama perlu segera mengambil beberapa tindakan mengenai isu doula yang hangat diperkatakan di negara kini.

“Kita perlu mendesak agar komuniti doula di Malaysia menyusun gerak kerja mereka melalui satu organisasi rasmi yang khas untuk memayungi dan bertindak sebagai pemantau,” ujar beliau dalam status facebooknya.

Beliau turut menyarankan agar komuniti itu mewujudkan kerjasama strategik dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagaimana amalan di beberapa negara maju.

Dr Harlina yang juga Profesor Jabatan Pendidikan Perubatan UKM memberikan pandangan beliau selepas menonton sesi perbincangan hangat segmen Analisis di TV Alhijrah yang menyentuh isu doula di Malaysia baru-baru ini.

Seterusnya beliau menyarakan rakyat Malaysia agar meningkatkan tahap pengetahuan dan informasi tepat mengenai proses kehamilan dan kelahiran khususnya kepada pasangan bakal ibu dan bapa muda yang masih tiada pengalaman agar mereka mendapat nasihat dan bimbingan yg betul dalam membuat keputusan penting berkaitan kehamilan dan kelahiran.

“(Juga perlu) mengenal pasti elemen perkhidmatan kesihatan di Malaysia yang perlu ditambah baik sebagai contohnya; kemahiran berkomunikasi antara pengamal perubatan dengan pesakit, kelengkapan fasiliti dan kakitangan yang mencukupi, sistem maklum balas yang efektif - demi meningkatkan tahap kebolehpercayaan masyarakat kepada rawatan yang diberikan di klinik dan hospital.”

Tambahnya lagi, segalanya itu agar para pesakit dan keluarga mereka tidak ‘lari’ atau ‘hilang’ dari radar perkhidmatan kesihatan Malaysia.

“Gunakanlah kebijaksanaan akal anugerah Ilahi untuk kita semua membuat keputusan terbaik untuk diri sendiri dan ahli keluarga,” tegas Dr Harlina.

Sebelumnya beliau berpandangan perbincangan tersebut sebenarnya, tidak sepatutnya berlangsung in the first place.

“Ibarat sudah terang lagikan bersuluh, sememangnya doula adalah peneman ibu di waktu kehamilan atau saat genting dan cemas melahirkan bayinya. Itu adalah pengertian piawai ‘doula’ yang sudah termaktub dan sedia terpakai.”

Malangnya, kata Dr Harlina, di Malaysia, terdapat segelintir yang menggelar diri mereka doula, bertindak di luar batasan dan sempadan, sehingga seolah-olah mengambil alih peranan doktor dan jururawat bidan terlatih, dan membahayakan nyawa ibu dan bayi.

“Apatah lagi sekiranya ibu hamil tersebut daripada kategori berisiko tinggi - kehamilan sulung, pernah bersalin melalui Caesarean, anak songsang, ada masalah obesiti, hipertensi, diabetes, pernah lekat uri dan tumpah darah dalam kelahiran sebelum ini,” jelasnya.

Menurutnya, satu kes kematian ibu dan/atau bayi yang sepatutnya boleh dielakkan melalui intervensi perubatan yang segera dan cekap, sudah cukup untuk dijadikan iktibar bagi semua.

“Betapa berharganya nyawa seorang ibu dan bayi untuk dipertaruhkan sebegitu, dengan sia-sia sahaja.”

Punca sebenar kematian ibu dan bayi dalam kalangan mereka yang terpengaruh dengan kelompok ‘doula ekstrem’ adalah kejahilan, kedegilan dan terlebih yakin dengan diri sendiri (over confidence, self-righteousness).

“Sampai bila dan berapa ramai lagi nyawa yang harus melayang sebelum kita dapat mengakui keterbatasan dan kekerdilan kita sebagai manusia biasa?” soal beliau yang perlukan rakyat Malaysia memikirkan solusinya.

Beliau turut berkongsi, ‘When a mother dies, the whole family dies with her’ (Saat bila seorang ibu meninggal dunia, seluruh keluarga turut mati bersamanya), masih terngiang-ngiang di telinganya peringatan yang diucapkan mendiang Prof Dr Donald Gebbie, profesor Obstetrik dan Ginekologi  berbangsa Scotland yang pernah mengajarnya di Hospital Bersalin Kuala Lumpur hampir 30 tahun yang lalu.

“Begitu sekali pentingnya peranan seorang ibu sebagai tonggak dan pasak keluarganya.”

Tambahnya, kehamilan dan melahirkan bayi adalah satu proses fisiologikal menakjubkan yang dilalui oleh wanita di seluruh dunia saban hari.

“Secara amnya, untuk membolehkan seseorang wanita itu hamil, ia mestilah berada pada tahap kesihatan yang baik dan sejahtera terlebih dahulu. Kesihatan ibu mesti terus dipelihara dan dijaga sehingga saat melahirkan.”

Selepas itu, sambungnya, si ibu harus dipastikan terus sihat dan kuat untuk segera pulih dan menjaga bayi kecilnya.

“Setiap bakal ibu dan ayah sudah tentu mahukan pengalaman yang indah semasa melalui tempoh kehamilan dan saat melahirkan.”

Last modified on Tuesday, 26 February 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!