Print this page

SERI KEMBANGAN - Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad mengingatkan ahli untuk terus menghayati Arkanul Baiah (Rukun Baiah) sebagaimana yang digariskan oleh Imam Hasan al-Banna.

Arkanul Baiah dijelaskan oleh Imam Hasan al-Banna dalam penulisan beliau, Risalah Taalim ditujukan kepada mujahidin (pejuang/aktivis) dalam kalangan Ikhwan Muslimin. Ia merupakan kerangka dan panduan yang perlu dipelihara, difahami dan diamalkan sesuai dengan tuntutan al-Quran dan Sunnah.

“10 Arkanul Baiah yang merangkumi al-Fahmu, al-Ikhlas, al-‘Amal, al-Jihad, at-Tadhiyah, at-Ta’ah, ats-Tsabat, at-Tajarrud, al-Ukhuwwah dan ats-Tsiqah adalah ciri yang harus dijiwai IKRAM untuk kekal maju dan relevan dalam era Malaysia Baharu,” jelas Dr Mohd Parid kepada Ahli-ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM dalam Persidangan DPN ketiga yang berlangsung hari ini.

Dr Hj Mohd Parid turut mengingatkan bahawa IKRAM kini akan berhadapan dengan cabaran yang lebih besar.

Justeru, komitmen dan kerja keras daripada ahli diperlukan agar visi Malaysia Menjadi Negara Rahmah menjadi realiti.

Last modified on Saturday, 16 February 2019
DMC Firewall is a Joomla Security extension!