wrapper

Berita Terkini

الإثنين 22 صفر 1441   |   Monday 21 October 2019


BANGI - Sebanyak 31 persatuan profesional dalam bidang perubatan dan kesihatan di Malaysia kesal dengan tindakan sekumpulan perokok yang memohon semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas pewartaan larangan merokok di tempat awam baru-baru ini.

“Dalam permohonan itu, mereka telah mempertikaikan larangan merokok yang diwartakan kerana mendakwa ia bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia,” kata mereka dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Menurut dakwaan kumpulan tersebut, aktiviti merokok bukanlah satu perbuatan jenayah dan larangan ini telah menyekat hak kebebasan diri individu dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mendiskriminasi golongan perokok daripada mengunjungi restoran dan tempat makan.

Mereka berkata, sebagai badan profesional perubatan dan kesihatan, isu yang dibawa oleh sekumpulan perokok ini amat tidak berasas.

“Isu hak kebebasan diri sekumpulan perokok tujuh orang ini tidak patut mengatasi hak kebebasan diri untuk menghirup udara yang sihat oleh kumpulan majoriti bukan perokok (77%) yang rata-ratanya terdiri daripada golongan wanita, kanak-kanak dan warga emas.”

Pada masa yang sama, undang-undang perlu diadakan bagi mewujudkan situasi agar membezakan kelakuan yang mendatangkan risiko kepada orang sekelliling.

“Badan-badan Profesional Perubatan dan Kesihatan sekali lagi membantah perkara ini kerana perdebatan isu penguatkuasaan larangan merokok bukan sahaja akan memberikan kesan larangan di premis-premis makan, malahan di kesemua 23 kawasan yang telah diwartakan sejak 15 tahun yang lepas di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004,” tegas mereka.

Dalam pada itu, pewartaan larangan merokok di tempat-tempat awam yang dilaksanakan oleh kerajaan selama ini adalah bertujuan melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok sekunder terutamanya kepada golongan wanita dan kanak-kanak.

“Kami ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan terutamanya pihak KKM yang telah berjaya mewartakan undang-undang ini pada 1 Januari yang lepas setelah empat tahun tertangguh sejak ia mula dicadangkan pada tahun 2015.”

Jelas mereka lagi, keluhan masyarakat selama ini telah didengari dan rata-rata rakyat berpuas hati kerana bebas untuk menghirup udara yang segar tanpa asap rokok di tempat-tempat awam terutama tempat makan.

Walau bagaimanpun, mereka tetap menghormati keputusan mahkamah dalam memberikan kebenaran untuk meneruskan hak pemohon ini sebagaimana yang termaktub di bawah perlembagaan negara.

Antara persatuan yang bersama menyatakan bantahan terhadap usaha ke arah semakan kehakiman ke atas pewartaan larangan merokok ialah Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health), Medical Mythbusters Malaysia (M3), Medical Tweet Malaysia (MedTweet), Family Medicine Specialists Association of Malaysia (FMSA), Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) serta 25 persatuan lain.

Last modified on Friday, 15 February 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!