wrapper

Berita Terkini

الخميس 16 جمادى الثانية 1440   |   Friday 22 February 2019

KUALA LUMPUR - Unit Tarbiah dan Modal Insan IKRAM (UTMI) telah menganjurkan Konvensyen Model Kepemimpinan IKRAM (MKI) 2019 yang berlangsung pada Sabtu 26 Januari lalu melibatkan 50 orang anak muda yang terdiri daripada para pelapis pemimpin IKRAM.

Dirasmikan oleh Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad di Hotel Putra KL, konvensyen ini diadakan bertujuan untuk mengumpulkan para peserta MKI dan mengembalikan momentum perjalanan MKI yang diadakan sejak 2016.

Dalam konvensyen itu, Dr Parid menekankan pentingnya kejelasan big picture untuk memandu seseorang pemimpin supaya istiqamah dalam perjuangan serta keupayaan membaca masa depan dan membaca kemungkinan (firasat, basirah).

Antara slot menarik dalam konvensyen MKI 2019 ialah Capacity Building Strategy oleh Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin yang menyatakan bahawa salah satu ciri yang perlu ada pada pemimpin ialah abundance mentality dan kemampuan untuk mengubah masalah menjadi peluang.

 

Dalam slot Building & Developing Team oleh Hj Nailul Hafiz Abdul Rahim, beliau berkongsi mengenai keperluan seseorang pemimpin untuk bertindak selari dengan visi yang ingin dicapai dan visi ini mampu memandu pemimpin dan pengikutnya. Mentaliti yang tangkas juga penting bagi seseorang pemimpin dalam mengendalikan ketidaktentuan.

Bagi para peserta, perkongsian sebegini sangat bermakna bagi pemimpin generasi baru untuk mengaitkan apa yang mereka alami sendiri dengan apa yang para pemimpin sebelumnya alami agar ia memberi kekuatan kepada mereka untuk terus memimpin.

Turut hadir dalam konvensyen itu Setiausaha Agung IKRAM Hj Mahdzir Md Isa, Pengerusi UTMI Hj Ahmad Raji Yaakub dan Perunding UTMI Hj Zaharudin Othman serta empat orang mentor kepada para peserta.

Model Kepemimpinan IKRAM (MKI) merupakan program pembangunan bakat untuk menyediakan takungan pelapis kepimpinan IKRAM yang telah diikuti oleh para peserta sejak 2016.

Last modified on Thursday, 31 January 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!