Print this page

PETALING JAYA - Rombongan Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM yang diketuai Presiden, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad semalam telah mengunjungi Presiden PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kunjungan ke pejabat beliau itu bertujuan untuk berbincang dan bertukar pandangan tentang perkembangan dan isu-isu terkini dalam negara.

Dalam pertemuan itu, Dr Parid turut menyatakan iltizam IKRAM untuk terus bersama-sama membina Malaysia Baharu melalui pelbagai inisiatif dan dan pendekatan yang mampu memberikan manfaat terbaik kepada rakyat.

Turut hadir dalam rombongan IKRAM ialah Timbalan Presiden, Prof Madya Hj Badlishah Sham Baharin, Setiausaha Agung, Hj Mahdzir Md Isa dan Ahli JKP, Hj Zaid Kamaruddin.

Last modified on Wednesday, 16 January 2019
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd