wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 14 ذو القعدة 1440   |   Tuesday 16 July 2019


SEPANG - Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik berkata, pendidikan Islam adalah penting dan relevan dalam konteks Malaysia Baharu hari ini untuk menggalakan keharmonian.

“Umat Islam perlu menjadi contoh sebagai masyarakat beragama yang menggalakkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat.”

Jelasnya, umat Islam harus memainkan peranan sebagai individu Muslim yang bukan sekadar menyesuaikan diri dengan perubahan tetapi harus menjadi pemimpin dan penunjuk jalan.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama beliau yang bertajuk “Pendidikan Islam dan Revolusi Perindustrian 4.0” seterusnya merasmikan majlis pembukaan persidangan Islamic Education Foresight and 4th Industrial Revolution 2018 (iFIRST2018) di Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA.

iFIRST2018 dianjurkan bersama Kedutaan Amerika Syarikat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Pendidikan IKRAM MUSLEH Berhad (IKRAM MUSLEH) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Malah, kenyataan hampir sama juga dinyatakan oleh Naib Canselor USIM, Prof Dato' Dr Musa Ahmad bahawa pendidikan Islam seharusnya kekal relevan kepada generasi kemudian dalam mendepani cabaran era milenium.

Pada masa yang sama, Maszlee memuji usaha yang dilakukan oleh Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru dalam menggalakkan keharmonian antara kaum.

Program silang budaya yang diadakan setiap tahun antara pelajar sekolah itu bersama Sekolah Menengah Foon Yew harus dijadikan contoh oleh semua institusi pendidikan di negara ini.

“Kita perlu mencari jalan untuk melahirkan individu Islam berkelas dunia yang akan mengangkat nilai positif untuk menjadikan dunia ini ke arah yang lebih baik.”

 

Sebelum itu, Duta Besar Amerika Syarikat, Puan Yang Terutama Kamala Shirin Lakhdhir menyatakan keprihatinannya terhadap pentingnya peranan pendidikan Islam untuk masyarakat di negara ini.

“Mengapa kami berusaha bersungguh-sungguh menganjurkan pelbagai program dan mengambil berat tentang pendidikan Islam ini?”

“Ini kerana kami fokus kepada kesan jangka panjang. Kami ingin membentuk masyarakat yang lebih baik.”

Katanya, sebelum ini Kedutaan Amerika Syarikat telah menganjurkan beberapa program seperti program Bahasa Inggeris di Rompin, Pahang dan di Tawau, Sabah.

Malah, sambungan program itu akan diteruskan di sekolah-sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH di Kelantan selepas ini.

Turut hadir dalam majlis itu Pengarah Eksekutif IKRAM MUSLEH, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor dan Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim.

Persidangan itu membawa tema "Meneraju Pendidikan Islam yang Holistik dalam Menghadapi Masa Depan" dan dihadiri kira-kira 90 orang peserta.

Last modified on Thursday, 13 December 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd