wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 11 ربيع الثاني 1440   |   Wednesday December 19 2018


SERDANG - Program kesukarelawanan sangat signifikan dalam usaha melahirkan masyarakat yang suka membantu, rahmah dan memiliki sifat ihsan, menurut Setiausaha Sulit Kanan Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor, Muhammad Nabil Norhalim.

Beliau bekata demikian ketika merasmikan Program Sukarelawan Ziarah Hospital Serdang sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia anjuran IKRAM Kawasan Sepang dengan kerjasama Hospital Serdang dan Skuad Mahabbah yang disertai seramai 31 orang sukarelawan.

“Penyertaan daripada golongan belia khususnya dilihat sebagai satu petanda yang baik bahawa masih ada lagi kelompok pemuda dan pemudi yang cintakan kebaikan dan mahu berkhidmat untuk masyarakat,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyambut baik penganjuran program seperti ini yang secara tidak langsung dapat menyebarluaskan fungsi dan peranan kumpulan sukarelawan khususnya sukarelawan hospital kepada masyarakat setempat.

“Perkara ini dilihat selari dengan konsep rahmat untuk sekalian alam yang selalu kita dengar hari ini,” jelasnya sambil menzahirkan rasa sukacita melihat ramai sukarelawan yang terlibat dalam program tersebut terdiri daripada golongan belia.

Menurut Yang Di-Pertua IKRAM Sepang, Hj Mohd Qhalid Ab Hafidz, beliau berharap agar usaha baik ini dapat diteruskan dan lebih ramai lagi yang akan terlibat menyumbang tenaga, masa dan juga wang ringgit bagi menjayakan kerja kesukarelawanan seperti ini.

“Ziarah yang diadakan secara berkala pada setiap hari Sabtu ini bertujuan memenuhi tuntutan Islam iaitu menziarahi orang sakit,” jelas Pengarah Program, Nurul Syahida Sulaiman.

Selain itu ujarnya, ia bagi melaksanakan dakwah dengan cara menzahirkan rasa simpati terhadap keadaan pesakit di samping ia dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

“Kita membuka ruang kepada segenap lapisan masyarakat khususnya belia untuk sama-sama terlibat secara konsisten dalam menjayakan program kesukarelawanan seperti ini bagi membentuk masyarakat yang bertanggungjawab, ihsan dan gemar membantu orang lain,” katanya.

Tambahnya lagi, beberapa hari sebelum program, masih terdapat individu yang menghubungi pihak penganjur dan memberikan sumbangan dalam bentuk permainan kanak-kanak untuk program ini.

“Program sebegini sebagai satu program yang sangat bagus untuk meraikan dan menceriakan hari para pesakit,” ujar Nurul Haifa Sazali, 27, ibu kepada salah seorang pesakit di wad kanak-kanak itu.

Haifa turut menzahirkan rasa kagum terhadap usaha ini yang dianggap sebagai satu kerja mulia dan bermakna.

Selesai majlis perasmian, aturcara program diteruskan lagi dengan sesi ziarah beramah mesra bersama pesakit kanak-kanak di wad kanak-kanak Hospital Serdang dan setiap pesakit menerima bakul kecil yang dikait sendiri oleh para sukarelawan.

Dalam pada itu, turut diadakan pertandingan mewarna dan sambutan yang diterima daripada para pesakit sangat menggalakkan.

Dua biji kek coklat turut disumbangkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) semasa sesi ziarah berkenaan.

Turut hadir bersama dalam program berkenaan ialah wakil rasmi Pengarah Hospital Serdang, Dr Muhammad Akram Abdul Kadir, Ketua Wanita IKRAM Kawasan Sepang, Dr Amalina Abdullah, dan Ketua Skuad Mahabbah Sukarelawan Hospital Serdang, Puan Hasnah Abd Ghani.

Last modified on Monday, 03 December 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!