wrapper

Berita Terkini

الخميس 8 ربيع الأوّل 1440   |   Thursday November 15 2018


SERI KEMBANGAN - Sekitar Forum “Peranan Wanita Muda dalam Era Malaysia Baharu” sempena Perhimpunan Siswi Nasional 2018 telah berlangsung dengan jayanya pada Ahad lalu di Dewan Utama Kompleks Pertubuhan IKRAM Malaysia di sini.

“Pelbagai kupasan telah disampaikan oleh tiga panelis daripada perspektif dan kapasiti yang berbeza namun sangat membuka minda setiap pimpinan siswi yang hadir,” demikian ujar pengarah program Nur Zahanim Mohd Zahir.

Antara panel yang menghangatkan forum dengan kupasan dan perkongsian menarik ialah Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Hjh Sallawahiu Mohd Salleh, Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Puan Anfaal Saari dan aktivis siswi Saudari Raihanah Zakaria.

"Sahabiah zaman Madinah bukan sahaja berperanan ketika suasana yang genting atau dalam keadaan apabila mereka diperlukan sahaja,” tegas Ustazah Sallawahiu ketika sesinya.

Akan tetapi menurutnya, mereka mengisi setiap ruang-ruang untuk membina negara Madinah pada ketika itu termasuk ekonomi, pendidikan, politik dan juga inovasi.

Para peserta Perhimpunan Siswi Nasional 2018

“Kita perlu sentiasa fokus dan jelas dengan matlamat setiap kerja, yang akan menjadikan seorang pemimpin wanita muslimah mampu menguruskan hal-hal kepimpinan dengan lebih baik, tidak mudah terganggu oleh perasaan dan mengurus permasalah pergaulan silang jantina dengan baik,” jelas Puan Anfaal Saari yang juga Naib Ketua 3 Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN).

Dalam kesempatan itu, beliau turut berkongsi pengalamannya sebagai aktivis sosial dan juga ahli politik.

“Relung-relung yang telah disediakan oleh Belia Harmoni sepatutnya boleh dimanfaatkan oleh siswi untuk membina potensi dan menjuarai isu-isu masyarakat,” kata Raihanah Zakaria yang mengupas peranan siswi daripada perspektif mahasiswi sendiri.

Forum yang yang berlangsung hampir dua jam setengah itu turut diserikan dengan soalan-soalan daripada peserta.

Diharapkan setiap perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada semua pimpinan siswi untuk menyahut seruan Universiti Baharu di kampus masing-masing.

Last modified on Tuesday, 30 October 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd