Print this page


SERI KEMBANGAN - Yayasan As-Salam Universiti Fatoni Cawangan Satun melakukan lawatan ke Ibu Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) hari ini dalam rangka merapatkan ukhuwah, mempelajari dan mendapatkan pengalaman baru bagi ahli jawatankuasa mereka.

Delegasi mereka disambut Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad, Naib Presiden, Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim, Setiausaha Agung, Hj Mahdzir Md Isa, Bendahari, Ketua Wanita, Penolong Setiausaha Agung dan beberapa orang Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM. Beberapa AJK Wanita IKRAM Pusat turut meraikan rombongan wanita NGO Thailand itu.

Turut bertujuan untuk mengukuhkan integrasi umat Islam antara dua negara, rombongan trip pendidikan Yayasan Assalam Satun yang berjumlah 23 orang (16 lelaki dan 7 wanita) itu diketuai oleh Presidennya, Saudara Umar Akem.

Dalam lawatan itu, Dr Parid menyampaikan ucapan alu-aluan sementara Hj Mahdzir membentangkan pengenalan, hala tuju dan operasi gerak kerja IKRAM.

Lawatan setengah hari itu turut diserikan dengan dialog dan pertukaran pandngan serta pengalaman antara para pemimpin IKRAM dan yayasan tersebut, yang diakhiri dengan jamuan tengah hari.

Semoga lawatan yang penuh mahabbah ini mencapai objektifnya dan membuahkan pelajaran baru untuk perjalanan dakwah masa depan, bukan sahaja kepada Yayasan Assalam Satun tetapi juga kepada IKRAM, insya-Allah.

Last modified on Monday, 22 October 2018
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd