wrapper

Berita Terkini

الخميس 24 ربيع الأوّل 1441   |   Friday 22 November 2019

 

SERI KEMBANGAN - Buat julung kalinya Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melakukan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) di sini pada 9 Oktober lalu, iaitu sejak Jawatankuasa Pusat IKRAM baharu dilantik.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah di samping membincangkan bagaimana kerjasama antara YADIM dan IKRAM dapat diwujudkan dalam konteks dakwah di Malaysia.

YADIM diwakili Pengarah Bahagian Pengurusan dan Pembangunan NGO, En Zamani Mohd Karulani dan Penolongnya, En Shukri disambut oleh Presiden IKRAM Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad, Setiausaha Agung Hj Mahdzir Md Isa, Ketua Pegawai Operasi Hj Nordin Shafie.

Memberikan pandangan kepada YADIM yang menguruskan 122 NGO Islam, Dr Parid berkata, asas YADIM ialah ia perlu membina fikrah manusia dan mengajak manusia kepada Islam.

“Dalam segala hal, kita mengambil sikap tegas. Apabila ummah telah sedar dan faham, mereka perlu diasuh.”

Menurutnya, pada peringkat awal perlulah dibangunkan kesedaran, kemudian perlu dibina ilmu pengetahuan dan kepakaran.

“Timbangan iman Abu Bakar perlu dihayati. Pegangan beliau memerangi mereka yang tidak mahu membayar zakat harus diteladani,” kata beliau.

Tambahnya, setelah puluhan tahun negara ini merdeka, kita tidak ke mana-mana.

“Mekanisme atau pendekatan damainya ialah rasionalisasi, penghujahan, engagement dengan semua dan bergaul dengan semua.”

Beliau menjelaskan bahawa pendekatan yang disarankan bukan dengan bergaduh dan bukan pada orang Melayu sahaja.

“Kita perlu uruskan perbezaan, wujudkan kesatuan umat dan jadikan segala itu faktor penyatu dan membina. Seterusnya mereka jadikan kita sebagai rujukan,” demikian saran Dr Parid kepada delegasi YADIM.

Menurutnya, dengan keistimewaan ini, kita boleh mengetuai dan memimpin mereka.

“Kita minoriti kerana tidak melakukan dakwah. Kita perlu bawa arus majoriti penduduk Muslim Asia Tenggara,” tegasnya.

Dalam pertemuan tersebut, YADIM turut menyatakan minat untuk bekerjasama dengan IKRAM dalam aktiviti dakwah kepada yang bukan Islam melalui Hidayah Centre Foundation (HCF).

Sementara itu, Hj Mahdzir berpendapat, YADIM atau mana-mana jabatan atau agensi Islam perlu bergerak berdasarkan maklumat dan data yang mementingkan impak dan hasil (outcome-based) sesuatu gerak kerja.

Beliau memberi contoh asnaf yang tidak mahu keluar dari kesempitan hidupnya, ingin berterusan menerima zakat dan tidak mahu berusaha keluar daripada tahap kehidupannya.

“Ia seperti orang yang berterusan tidak sempurna Islamnya kerana tidak boleh pergi haji. Mereka perlu diberi kesedaran, kefahman dan bantuan agar hasilnya mereka dapat dikeluarkan dari asnaf ini hingga menjadi mampu dan kaya,” jelasnya.

Last modified on Monday, 15 October 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd