wrapper

Berita Terkini

الإثنين 11 صفر 1440   |   Monday October 22 2018


SELAYANG - Buat julung kalinya, Seminar "Spiritual Care for Patients at the End-of-Life" telah berlangsung dengan jayanya pada Ahad 7 Oktober 2018, di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Selayang di sini.

“Ini merupakan program pertama anjuran bersama Unit Paliatif & Onkologi UiTM, Ziyara Muslim Spiritual Care Services & IKRAM Health Malaysia,” kata wakil penganjur seminar.

Seramai 90 orang peserta telah hadir ke seminar ini yang bertujuan menyuntik kesedaran bagaimana untuk melakukan penjagaan rohani terhadap para pesakit di penghujung hayat.

Para peserta turut difahamkan dengan perbezaan dan kaitan antara penjagaan kerohanian dan agama di mana setiap manusia mempunyai keperluan rohani meskipun seorang ateis, tetapi tidak semua pesakit yang memerlukan penjagaan agama.

Peserta terdiri daripada petugas kesihatan seperti doktor, jururawat, jururadiografi, kaunselor, pegawai agama, sukarelawan dan orang awam, pelajar, penjaga dan keluarga pesakit.

“Terdapat juga peserta daripada warganegara Holland yang menetap di Jakarta, Indonesia, menempah tiket penerbangan ke Malaysia khusus untuk menghadiri program ini,” tambahnya.

Dalam seminar itu, pakar perubatan perawatan paliatif UiTM, Dr Diana Katiman, menyampaikan syarahan bertajuk "Introduction to Palliative Care & Spiritual Care”.

“Syarahan seterusnya bertajuk "Basics of Spiritual Care-Healthcare Chaplaincy" dan "Spiritual Care at the End-of-Life" disampaikan oleh Mr Kamal Abu-Shamsieh, seorang 'Chaplain' yang bertugas di Stanford Hospital, California,” ujarnya.

Turut diadakan sesi Role-Play yang telah dikendalikan oleh Mr Kamal dengan bantuan Ms Sondos Kholaki dan Mr Sharif Rosen.

“Beliau merupakan Staff Chaplain dari institusi kesihatan masing-masing di California dan Massachusetts, Amerika Syarikat,” jelasnya.

Menurutnya, kolaborasi unik ini merupakan satu usahasama menang-menang bagi semua penganjur bersama program ini.

“Adalah diharapkan peserta beroleh manfaat daripada yang membawa kepada peningkatan kualiti hidup pesakit yang memerlukan.”

Last modified on Tuesday, 09 October 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!