wrapper

Berita Terkini

الأحد 15 رمضان 1440   |   Monday 20 May 2019


SERI KEMBANGAN - IKRAM Kawasan Sepang, Persatuan Belia Harmoni Serdang dan Yayasan Bunga Raya telah mengadakan pertemuan bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman semalam.

Pertemuan ini bertujuan membincangkan usahasama antara Persatuan Belia Harmoni Serdang dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM dalam menjayakan "The Tamanni Project" yang akan bermula hebahannya tidak lama lagi.

"The Tamanni Project" merupakan projek yang dirintis pada tahun lalu bermula di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai satu inisiatif bantuan kewangan kepada mahasiswa yang memerlukan.

Pakej tajaan termasuk bayaran yuran pengajian selama dua semester, elaun bulanan selama dua semester, tajaan yuran pengajian tambahan dan penyediaan program-program pembangunan pelajar.

“Alhamdulillah, Prof. Dr. Roslan dan BHEP menyambut baik cadangan program tersebut akan bekerjasama untuk menjayakannya demi manfaat dan kebaikan mahasiswa UPM,” ujar  Wakil Belia Harmoni Serdang, Muhammad Afiq Ngadni.

Beliau turut memperkenalkan secara ringkas lapan Gagasan Kampus Harmoni.

“Prof. Dr. Mohd Roslan bersetuju kelapan-lapan gagasan tersebut sejajar dengan apa yang pihak universiti perjuangkan selama ini.”

Persatuan Belia Harmoni Serdang juga merakamkan penghargaan kepada Prof Dr Mohd Roslan atas kesudiannya meluangkan masa untuk mengadakan pertemuan ini.

“Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan merentas persatuan-persatuan di universiti demi kebaikan bersama mahasiswa dan warga kampus.”

Turut bersama dalam pertemuan ini wakil IKRAM Sepang, Puan Salwa Idris, wakil Yayasan Bunga Raya, En. Fikri Ahmad dan Ketua “The Tamanni Project", Khairul Anuar Mohd Isa.

Last modified on Wednesday, 03 October 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!