wrapper

Berita Terkini

الإثنين 11 صفر 1440   |   Monday October 22 2018


UNITED KINGDOM - Pengarah Eksekutif IKRAM MUSLEH, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor telah membentangkan projek pentaksiran pendidikan International Quality Range Assessment (IQRA) dalam persidangan 44th International Association for Educational Assessment (IAEA) Conference.

Dalam persidangan yang berlangsung di Oxford University pada 9-14 September lalu, terdapat beberapa respon positif yang diterima daripada delegasi persidangan mengenai pembentangan “Using International Quality Range Assessment (IQRA) for Students Development”.

Stuart Shaw, Head of Research Cambridge International (Cambridge Assessment) menganggap IQRA mempersembahkan satu definisi pencapaian yang baru, hampir berbeza dengan definisi tradisi.

"IQRA presents a new definition of achievement, quite different from its traditional definition. I really like this new word becomingness."

Bagi Pengarah International Program Vretta, Dr Graham Orpwood pula berkata, IQRA menampilkan kaedah pentaksiran yang berbeza, yang mahukan pelajar sendiri memberitahu siapa mereka.

"IQRA presents a different way of assessment. Instead of us telling the students who they are. IQRA wants the students themselves to tell us who they are."

Ustaz Megat Mohamed Amin sempat bergambar bersama Presiden International Association for Educational Assessment (IAEA), Dr Randy Bennett semasa persidangan berlangsung

Menurut Ustaz Megat Mohamed Amin, IKRAM MUSLEH akan terus berbincang dengan beberapa badan berautoriti antarabangsa agar IQRA boleh diguna pakai oleh sekolah-sekolah di seluruh dunia.

Tambahnya, buat masa ini, pentaksiran IQRA telah diguna pakai di beberapa sekolah di Malaysia, Indonesia, Thailand, Sri Lanka dan Pakistan.

IQRA merupakan satu projek yang dibangun bersama oleh beberapa agensi pendidikan nasional dan juga antarabangsa termasuk IKRAM MUSLEH bagi memperkenalkan satu kaedah baru dalam menilai kemenjadian diri para pelajar.

Selain menyertai Persidangan Antarabangsa IAEA, beliau juga telah berpeluang membuat lawatan ukhuwah ke sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh saudara Yusuf Islam iaitu Islamia Primary School, Islamia Girls School dan Brondesbury College di London.

Last modified on Wednesday, 26 September 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!