wrapper

Berita Terkini

الإثنين 11 صفر 1440   |   Monday October 22 2018


SKUDAI - Telah berlangsung mesyuarat wakil-wakil NGO Wanita Johor bagi memilih Jawatankuasa Penaja Gabungan NGO Wanita Johor pada Sabtu, 22 September 2018 bertempat di Kompleks IKRAM Johor, Taman Universiti di sini.

“Mesyuarat ini diadakan atas persetujuan bersama semua NGO yang hadir dalam Majlis Ramah Mesra NGO Wanita di GoodHope Hotel anjuran Wanita IKRAM Johor yang diadakan pada 1 September yang lalu,” kata Setiausaha Jawatankuasa Penaja Gabungan NGO Wanita Johor, Hjh Sabariah Manshor.

“Objektif penubuhan Jawatankuasa Penaja Gabungan NGO Wanita, antaranya bagi mewujudkan kebersamaan dalam memperkasa dan membela isu-isu wanita, keluarga dan kanak-kanak,” kata Ketua Wanita IKRAM Johor, PM Dr Siti Zaiton Mohd Hashim dalam ucapan aluannya.

Selain itu, ia menjadi penghubung antara masyarakat dan kerajaan melalui kerjasama terus dengan Exco Wanita, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan badan-badan yang berkaitan wanita, keluarga dan kanak-kanak.

“Ia juga adalah untuk merangka dan melaksanakan program, aktiviti yang disepakati bersama bagi semua lapisan masyarakat melalui jaringan masing-masing.”

Dalam pada itu, mesyuarat diteruskan dengan pemilihan Jawatankuasa Penaja Gabungan. Berikut adalah barisan Jawatankuasa Penaja Gabungan NGO Wanita Johor yang telah dipilih:

Pengerusi: PM Dr Siti Zaiton Mohd Hashim (Wanita IKRAM)
Timbalan Pengerusi: Pn Nor Fadilah Mohamed Nizar (JEIWA)
Setiausaha: Hjh Sabariah Manshor (Wanita IKRAM)
Penolong Setiausaha: Pn Eva Hawa (IWPG)
Bendahari: Pn Woo Sow Pheng (IWPG)

AJK:
Pn Thanam (JEWEL)
Dr Fauzanah Ishak (Haluanita)
Dr Norsheila Fisal (Salwa ABIM)
Pn Norfaizah Abd Hamid (Pers Taska Johor)
Pn Sabariah Abdullah (PPIM)
Pn Normasila Khamis (Pelitawanis)
Pn Safyah Salleh (Rose2Rose)
Pn Airen Chi Hu (JEIWA)

“Semoga Gabungan NGO Wanita Johor ini akan dapat berperanan menyantuni, mendepani dan mengangkat kaum wanita ke martabat yang sewajarnya sebagai penggerak utama kemajuan dan kesejahteraan umat manusia,” ujar Hjh Sabariah Manshor lagi.

Sebanyak 11 NGO telah hadir yang mana setiap NGO diwakili oleh dua orang wakil rasmi.

NGO Wanita yang hadir terdiri daripada tuan rumah Wanita IKRAM Johor, Helwa/Salwa ABIM, Haluanita, International Women’s Peace Group (IWPG), Johor Women League (JEWEL), Johor Empowerment of Intellectual Women (JEIWA) , Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), PELITAWANIS TNB, Persatuan Taska Johor, Rose2Rose Johor dan Persatuan Wanita Prihatin (PERWANIN).

Last modified on Monday, 24 September 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!