wrapper

Berita Terkini

الإثنين 11 صفر 1440   |   Monday October 22 2018


SERI KEMBANGAN - Rapat Umum Belia IKRAM Kawasan Sepang (RUBIK) telah berlangsung dengan jayanya pada 17 September lalu di Kompleks Biorefineri Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini.

Perjumpaan yang bertujuan mengumpulkan idea-idea praktikal, bagaimana memberikan nilai tambah kepada masyarakat di Serdang dan Sepang.

“Selain itu, pertemuan ini juga bagi menyelaraskan gerak kerja belia untuk 2 tahun ke hadapan,” kata wakil belia, Sdr. Hussaini.

“Walaupun ia diadakan pada hari cuti sempena Hari Malaysia 2018, seramai 16 orang anak muda IKRAM Sepang dengan penuh bersemangat meluangkan masa bersama; berbincang mengenai nasib dan halatuju masyarakat Serdang dan Sepang,” tambahnya.

Perjumpaan dimulakan dengan bacaan petikan surah al-Kahf oleh Pengerusi Jawatankuasa Rabtul ‘Am dan Belia, Sdr. Muhammad Hafif Samsudin.

“Surah ini amatlah penting kerana ia mengisahkan perjuangan anak-anak muda yang berjuang demi menyelamatkan iman mereka lalu dianugerahkan negara yang sejahtera dengan pemimpin yang amanah,” ujar Hafif.

Dalam pada itu, Yang Di-Pertua IKRAM Sepang, Sdr. Mohd Qhalid Ab Hafidz telah meluangkan waktu bersama menerangkan bagaimana pentingnya para pemuda terlibat dalam gerak kerja masyarakat.

“Mitos bagaimana anak muda tidak mahu terlibat dalam aktiviti masyarakat dan negara perlu dipecahkan,” jelas Mohd Qhalid.

Keterlibatan itu pula menurutnya, hendaklah dilaksanakan secara “Touch n Stay”, bukan sekadar “Touch n Go.”

“Akhirnya, segala apa yang dilaksanakan dalam kehidupan ini akan dipersembahkan sebagai bukti kecintaan kita kepada Allah Azzawajalla.”

  

Perjumpaan dihangatkan lagi dengan perkongsian pengalaman Pengerusi Pertubuhan Pemuda Malaysia (GEMA) Wilayah Persekutuan, Sdr. Mohammad Afifi Ahmad Kamil.

“Setiap individu anak muda perlu menekankan tiga tarbiah  iaitu dzatiyyah (individu), jamaiyyah (pertubuhan) dan maidaniyyah (medan) dalam usaha ke arah pembentukan individu yang kental,” tegas Afifi yang sudah lebih 16 tahun berbergiat dalam gerakan anak muda.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menerangkan bagaimana melaksanakan perubahan iaitu anak muda jangan terlampau kaku dan perlu menitikberatkan “Core Mechanism Dakwah.”

“Dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang kami semua duduk berbincang, tanpa sempat berasa jemu. Seterusnya, segala aktiviti yang pernah dilaksanakan atau yang dicadangkan, dihadam habis-habisan agar ia memberikan impak sosial kepada masyarakat Serdang dan Sepang.”

Sebelum RUBIK melabuhkan tirainya, anak-anak muda ini telah memutuskan untuk mempertingkatkan mutu amal daripada sudut disiplin pelaksanaan dan sentiasa mencari jalan untuk memperkukuhkan kekuatan jentera.

Bagi mendapat info semasa Belia IKRAM Sepang, boleh terus ikuti FB Page IKRAM Sepang atau JUS! Serdang.

Kepada belia-belia yang mahu terlibat secara langsung, berbakti kepada masyarakat Serdang dan Sepang, dialu-alukan menyertai kumpulan-kumpulan usrah belia dengan menghubungi Hussaini (013-799 8012) atau Siti Suliza (011-5509 4887).

Last modified on Friday, 21 September 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd