wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 15 المحرّم 1440   |   Wednesday September 26 2018

PUTRAJAYA - Proses mengeluarkan fatwa atau hukum bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan kemahiran yang mendalam serta pemikiran dan usaha yang banyak. Tujuannya adalah supaya apa yang diputuskan nanti benar-benar yang terbaik menurut al-Quran dan sunnah serta sesuai diamalkan oleh masyarakat.

Demikian titah Raja Muda Perlis DYTM Tuanku Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dalam ucapan perasmian Seminar Fiqh al-Waqi' (Fiqh Realiti) di Malaysia yang berlangsung di sini pada pagi semalam.

"Peredaran masa dan zaman membawa kepada kita 1001 cabaran. Sebahagian umat Islam cuba mencari penyelesaian daripada sumber al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

"Malangnya sebahagian daripada usaha ini hanya mengambil secara terus segala kata-kata dan tindakan baginda tanpa melihat kepada faktor-faktor yang turut memberi kesan kepada kalam atau perbuatan baginda SAW tersebut," titah baginda yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs).

Antara faktor terpenting, menurut baginda lagi, ialah faktor kebudayaan setempat, perubahan tempat dan faktor zaman. Tanpa mengambil kira faktor-faktor ini, ia dibimbangi akan mengeruhkan lagi keadaan yang memerlukan penyelesaian yang baik dan berhikmah.

"Banyak perkara yang bersifat cabang dan bukan prinsip dalam Islam berubah jika terdapat tuntutan konteks yang baharu. Kesemua kaedah yang diekstrak daripada al-Quran dan sunnah tidak mengambil bulat-bulat secara zahir teks nas yang ada. Kaedah inilah pada hakikatnya yang mampu menyelesaikan masalah ummah."

Baginda berharap agar para hadirin mendapat pencerahan, seterusnya melihat betapa dinamiknya agama Islam dalam menjaga objektif utamanya iaitu mendatangkan manfaat maksimum dan menjauhkan mudarat kepada seluruh manusia sama ada yang beragama Islam mahupun yang bukan Islam.

Turut hadir dalam seminar berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Dato Dr Mujahid Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, Mufti Negeri Perlis Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Presiden Multaqa Asatizah dan Du'at (MURSHID) Dr Zaharuddin Abd Rahman.

Majlis yang berlangsung di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya itu dianjurkan oleh JAKIM dengan kerjasama MAIPS, Jabatan Mufti Perlis dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kredit foto: Jabatan Mufti Perlis

Last modified on Friday, 14 September 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!