wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 12 ربيع الثاني 1440   |   Wednesday December 19 2018

HULU SELANGOR - IKRAM Health Hulu Selangor (IHHS) telah berjaya disempurnakan perasmiannya pada 11 September lalu diikuti dengan penganjuran program sulungnya, Volunteer Aide Program (VAP).

“Bertemakan "I'm a Volunteer!", program VAP ini disertai oleh 40 orang sukarelawan terpilih dari pelbagai latar belakang,” menurut wakil IHHS.

Program yang telah berlangsung di Pejabat IKRAM Hulu Selangor, Bukit Beruntung ini menurutnya, disusun khas untuk melatih kemahiran para sukarelawan tentang asas pemeriksaan kesihatan.

“Antara pengisian program ialah ceramah ringkas tentang penyakit darah tinggi, kencing manis, obesiti, basic life support dan demonstrasi first aid.”

Selain itu, ia turut disusuli dengan sesi praktikal yang interaktif kepada peserta berkenaan tajuk yang telah dibentangkan.

“IHHS berharap lebih ramai lagi masyarakat di luar sana yang akan menjadi sukarelawan dan menyertai siri-siri VAP pada masa akan datang,” ujarnya.

Dalam pada itu, IHHS percaya setiap antara kita boleh memberikan khidmat dan bantuan sukarelawan mengikut kemampuan tenaga dan masa masing-masing.

“Semoga program ini memberi manfaat kepada semua peserta dan usaha ini akan diteruskan pada masa akan datang.”

Tambahnya, para aktivis mungkin tidak mampu menyantuni seluruh penduduk Hulu Selangor secara amnya.

“Namun, dengan kesudian anda (sukarelawan) untuk membantu, cita-cita ini mampu direalisasikan.”

Sebelumnya, IHHS telah dirasmikan oleh Yang Dipertua IKRAM Health Pusat, Dr Abdul Halim Shibghatullah selepas kata alu-aluan penuh semangat daripada penasihat IHHS, Dr Nor Aniza Ali Shibramulisi.

Turut hadir meraikan majlis pelancaran ini ialah Yang Dipertua IKRAM Hulu Selangor, Dr Hj Muhammad Azhar Zailaini dan Timbalan Ketua Wanita IKRAM Hulu Selangor, Hjh Jamaliah Awang.

Last modified on Thursday, 13 September 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!