wrapper

Berita Terkini

الخميس 8 ربيع الأوّل 1440   |   Thursday November 15 2018

SERI KEMBANGAN - Tokoh Pendakwah Perak, Abdul Naser Tun Rahman berpendapat bahawa hujah biologi berkaitan isu transgender sebenarnya adalah hujah yang paling lemah.

“Kalau terdapat bukti biologi bahawa DNA atau struktur otak transgender berbeza, maka timbul persoalan adakah setiap transgender sanggup scan (mengimbas) otak mereka untuk buktikan bahawa DNA atau struktur otak mereka adalah selari dengan biologi transgender?” soalnya.

Tambahnya lagi, jika terbukti tidak selari, ia bermakna mereka terpaksa menerima hakikat bahawa mereka mengalami kesihatan mental.

“Saya rasa tiada transgender akan berani mengambil risiko yang tinggi ini.”

Beliau yang lebih dikenali sebagai Xifu Naser berkata demikian melalui penulisannya dalam Kolumnis Sinar.

Menurutnya lagi, antara hujah lain yang popular ialah Prinsip Mudarat yang didukung oleh ahli falsafah liberal John Stuart Mills.

“Prinsip ini berkata bahawa selagi sesuatu perbuatan itu tidak memudaratkan orang lain, maka perbuatan itu baik. Transgenderisme ialah isu peribadi dan tidak memudaratkan orang lain.”

Bagaimanapun, prinsip ini telah dikritik hebat kerana gagal melihat realiti kehidupan yang kompleks.

“Bagaimana mungkin transgenderisme tidak memudaratkan isteri yang tiba-tiba mendapat tahu bahawa suaminya sudah bertukar menjadi wanita?” soalnya lagi.

Xifu Naser seterusnya bertanya, bagaimana transgenderisme tidak memudaratkan masyarakat yang berpegang kepada ajaran agama yang mengharamkan transgenderisme?

Transgender dianggap pembuli agama dengan memaksa agamawan untuk menerima ‘ajaran agama’ yang baharu tentang identiti gender.

“Walaupun Trump ialah presiden (Amerika Syarikat) yang begitu open minded, namun beliau tetap nampak transgenderisme bukan sekadar isu peribadi. Ia memudaratkan ketenteraan sehingga Donald Trump sendiri tidak membenarkan transgender untuk berkhidmat sebagai askar Amerika!” jelasnya.

Beliau juga berkata bahawa dari sudut hukum fitrah kemanusiaan, jantina hanya ada dua iaitu lelaki atau wanita. Ini hukum asal mengikut syariah. Jantina ialah persoalan biologi sejak lahir.

“Namun Islam juga mengiktiraf bahawa ada masanya kemaluan bayi itu samar. Contohnya, khunsa ialah situasi apabila seorang bayi mempunyai dua kemaluan. Dalam kes ini, pakar biologi akan membuat keputusan mana satu kemaluan yang akan dikekalkan.”

Last modified on Thursday, 13 September 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!