wrapper

Berita Terkini

الأحد 19 ذو القعدة 1440   |   Sunday 21 July 2019

SERI KEMBANGAN - Pensyarah Jabatan Dasar dan Strategi Universiti Malaya, Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail berkata, tindak tanduk dan amalan perbelanjaan diri sendiri adalah sebenarnya punca utama kepada masalah kewangan seseorang itu kerana masa depan kita adalah di tangan kita sendiri dan bukan di tangan kerajaan.

“Generasi akan datang perlu dididik supaya kurangkan pergantungan kepada kerajaan dan berhemah dalam berbelanja demi masa depan mereka sendiri,” jelas beliau satu kenyataannya.

Beliau berpandangan bahawa langkah kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat dengan menggunakan duit hutang kerajaan (seperti yang dilakukan oleh kerajaan BN dahulu) adalah satu langkah mencari populariti yang tidak bertanggungjawab serta tidak akan menyelesaikan masalah masyarakat dalam jangka panjang.

“Akan tetapi, ia akan membuat keadaan kewangan kerajaan menjadi lebih teruk,” tegas beliau yang juga Ahli Movement for Monetary Justice (http://mmj.my/).

Menurut Mohd Nazari, jika langkah ini diteruskan juga, akhirnya nanti kerajaan Pakatan Harapan akan terpaksa memperkenalkan GST semula untuk mengutip cukai dari rakyat dengan lebih berkesan untuk membantu membayar hutang kerajaan yang akan meningkat.

“Dalam erti kata yang lain, akhirnya rakyat juga yang akan susah.”

Beliau berkata, penyelesaian masalah dalam jangka panjang ialah menukar nilai kehidupan sendiri supaya lebih sederhana dalam berbelanja, mengukur baju di badan sendiri dan mengelak daripada berhutang dari industri perbankan.

“Kita semua perlu sedar, selagi semua masih bergantung kepada industri perbankan dan memberi keuntungan kepada industri tersebut, masalah peningkatan kos sara hidup tidak akan dapat diselesaikan.”

Baru-baru ini terdapat pelbagai reaksi masyarakat berikutan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pentadbirannya berhasrat mengurangkan BR1M secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya.

“Ada yang menyokong dan ada yang mengutuk dengan keras. Yang mengutuk mungkin termasuk mereka yang berpendapatan rendah yang merasakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab kerajaan membantu golongan yang lemah dan miskin,” kata Mohd Nazari lagi.

Tambahnya beliau lagi yang juga Ahli Dewan Perwakilan Nasional IKRAM berkata, sudah tentu membantu golongan yang lemah dan miskin adalah satu tanggungjawab semua ahli masyarakat dan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata.

“Siapakah yang patut membantu orang-orang yang susah jika kerajaan tidak mampu melakukannya? Sebagaimana yang dicontohkan Rasulullah SAW kepada kita, yang patut membantu orang susah bukan kerajaan tetapi ahli masyarakat sendiri,” tegasnya.

Dalam kenyataan itu, Nazari berkata Rasulullah SAW tidak menggunakan wang kerajaan yang dikutip dari hasil cukai ke atas rakyat untuk membantu orang susah.

“Baginda SAW menganjurkan dan menasihati orang-orang mukmin untuk berbelanja membantu orang susah, terutama sekali dari kalangan ahli keluarga mereka sendiri dan jiran terdekat.”

Last modified on Thursday, 30 August 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!