wrapper

Berita Terkini

الخميس 16 جمادى الثانية 1440   |   Friday 22 February 2019


MAKKAH - Naib Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Abdulfattah Suliman Mashat memuji pemikiran sivik jemaah haji Malaysia dan menyeru negara lain untuk mencontohi mereka.

“Malaysia adalah satu-satunya negara yang membersihkan khemahnya di Arafah dan Mina, dan kawasan terbuka di Muzdalifah di mana jemaah haji menghabiskan setengah malam semasa Masyair,” kata Dr Abdulfattah.

Beliau telah meminta beberapa foto daripada Tabung Haji (TH) supaya ia dapat digunakan sebagai contoh bagi negara lain untuk mengikutinya pada musim haji berikutnya.

"Menjaga kebersihan adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai seorang Islam. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada TH dan jemaah haji Malaysia yang menjayakan kempen ini,” katanya kepada media Malaysia selepas bertemu dengan pegawai-pegawai kanan TH di Kementerian Haji dan Umrah di sini.

Dalam pada itu, beliau telah berbincang dengan TH mengenai bagaimana untuk melaksanakan konsep hijau pada tahun depan.

Turut hadir Ketua Delegasi Haji Malaysia 1439H, Dato' Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Timbalan Ketua (Kebajikan Jemaah Haji), Nurrin Anuwar Shamsuddin.

Sebelumnya, TH telah melancarkan kempen kebersihan dan gotong-royong secara besar-besaran semasa Masyair yang bertujuan untuk memastikan tapak khemah dan terbuka yang diduduki oleh rakyat Malaysia menjadi contoh yang akan diikuti oleh negara-negara lain.

Sehubungan dengan itu, ramai jemaah haji menyertai kempen dipimpin oleh sukarelawan TH yang dipanggil Sahabat Maktab itu.

Sumber: https://bit.ly/2wmUbUl | Kredit foto: NSTP

Last modified on Tuesday, 28 August 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!