wrapper

Berita Terkini

الخميس 16 ذو القعدة 1440   |   Friday 19 July 2019

PUTRAJAYA - Seminar Cakna Isu Semasa: Wacana Kontemporari Wanita dan Hak Asasi Manusia anjuran Panel Isu-isu Semasa Wanita Islam (PISWI) JAKIM pada Khamis lalu membincangkan emansipasi wanita dan isu-isu semasa.

“Ahli panel turut mengupas tentang undang-undang yang melibatkan salahlaku terhadap wanita serta undang-undang hak asasi yang telah diluluskan baik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa,” kata wakil Wanita IKRAM yang menjadi peserta seminar, Nik Khatijah Nik Mud.

Berlangsung di Auditorium JAKIM di sini, seminar telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Hajah Fuziah Salleh manakala Rektor UIAM merangkap Pengerusi PISWI, Prof. Dato' Sri Dr. Zaleha Kamarudin menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Wanita Islam: Selembut Sutera Seteguh Besi”.

Jelas Nik Khatijah, wacana ini bersetuju untuk memperkasakan wanita dan peranan kaum lelaki sebagai pembimbing dan pelindung amat penting.

“Usaha untuk mengembalikan kaum lelaki kepada fitrah di mana kaum lelaki mampu berperanan dan memikul tanggungjawab sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak perlu diberi perhatian dan penekanan yang lebih serius.”

Ujarnya, segala ini bermula di peringkat pembuat dasar mahupun agensi kerajaan, badan berkanun dan bukan berkanun demi membina institusi keluarga dan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Dalam pada itu, wacana yang dikendalikan oleh Datin Norliah Sajuri bersama panel-panel jemputan yang hebat iaitu Dr. Wan Fariza Alyati Wan Zakaria (UKM), Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh (USIM) dan Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd. Aziz (UIAM) amat menarik dan informatif.

Turut hadir bersama Nik Khatijah mengikuti perkembangan semasa berkaitan wanita dan hak asasi manusia ialah wakil Jawatankuasa Pemantapan Kesejahteraan Ahli (PeKA), Pn Hjh Zaiton Ismail.

Last modified on Monday, 13 August 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd