wrapper

Berita Terkini

الأحد 10 صفر 1440   |   Sunday October 21 2018


SERI KEMBANGAN - Kenyataan biadab berunsur lucah yang diutarakan oleh Ahli-ahli Parlimen ketika bersidang sehingga berlaku kekecohan baru-baru ini adalah insiden yang amat memalukan lagi dikesali, demikian kata Ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN), Dr Hajah Hafidzah Mustakim.

“Ini bukan kali pertama Datuk Bung Moktar Radin berkelakuan seperti itu. Sebelum ini, (kerajaan lalu) beliau pernah mengungkapkan perkataan seksis sekaligus menghina seorang ahli Parlimen wanita,” katanya ketika dihubungi IKRAMedia.

Justeru, beliau mengingatkan bahawa perbahasan di Dewan Parlimen yang mulia adalah perbahasan di peringkat pembuat keputusan tertinggi bagi negara ini.”

Tambahnya lagi, kini ia boleh ditonton secara langsung oleh semua golongan masyarakat melalui pelbagai media.

“Ahli Parlimen adalah sebagai pemimpin seharusnya menunjukkan contoh yang terbaik kepada seluruh rakyat,” tegas Dr Hafidzah.

Beliau berkata, kalaupun tidak malu kepada Tuhan yang melihat sepanjang masa, malulah kepada rakyat yang Tuan-tuan wakili.

“Bagaimana perasaan mereka melihat pemimpin yang mereka lantik berkelakuan buruk lagi memalukan?” soalnya yang merasakan memang tidak sewajarnya perkara itu berlaku di dalam Dewan Parlimen.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada semua pemimpin khususnya ahli Dewan Parlimen agar menunjukkan contoh teladan yang baik.

“Pamerkanlah akhlak yang baik dengan penghujahan dan perbahasan berkualiti serta menjauhi perkataan-perkataan buruk atau menghina orang lain.”

Beliau yang juga Penasihat Kelab Keluarga Islah sekali lagi menyeru supaya memperbaiki hati kerana perkataan yang buruk menggambarkan hati yang di dalam.

“Mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar etika perbahasan bukan sahaja diberi amaran tetapi perlu mendapat tindakan tegas yang setimpal agar mereka mendapat pengajaran serta tidak berani mengulangi perbuatan buruk mereka,” tegas Hafidzah lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berharap Institusi Parlimen benar-benar menjadi Institusi yang mulia dalam merangka dasar-dasar yang terbaik untuk menjadikan Malaysia sebuah negara rahmah untuk semua.

Sebelumnya, Ahli Parlimen BN (Kinabatangan) Datuk Bung Mokhtar Radin berkata “F…Y…” kepada Ahli Parlimen Pakatan Harapan (Puncak Borneo), Willie Mongin selepas diganggu ketika berucap membahasakan Rang Undang-Undang Cukai Jualan 2018 dan Rang Undang-Undang Cukai Perkhidmatan 2018 pada 6 Ogos, 2018 lalu.

Last modified on Friday, 10 August 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd