wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 12 ربيع الثاني 1440   |   Wednesday December 19 2018


PUTRAJAYA - Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad telah menyertai pertemuan khas Perdana Menteri bersama tokoh-tokoh ulama dan cendekiawan Islam semalam di pejabatnya di sini.

Dalam pertemuan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi komitmen kerajaan bahawa pelaksanaan Islam di Malaysia akan mengikut ajaran yang terkandung dalam al-Quran dan hadis sahih.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Mahathir dalam pertemuan bersama 37 tokoh ilmuan Islam turut berkongsi aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia model negara Islam kontemporari terbaik di dunia.

"Dunia sering mengaitkan Islam dengan kekejaman, peperangan dan kelemahan dalam ekonomi.

"Dalam soal ini, Tun Mahathir mahu para ulama dan cendekiawan Islam menggunakan ruang terbuka di bawah pentadbiran Pakatan Harapan untuk memaparkan Islam yang lebih berbelas kasihan," katanya.

Selain Dr Mohd Parid, antara yang hadir pada pertemuan dua jam tersebut ialah Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin, Pensyarah Pusat Islam di Fakulti Teologi, Oxford University, Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Ketika pertemuan tersebut katanya, Perdana Menteri turut memberi tumpuan kepada beberapa perkara antaranya bagaimana memperkasa institusi Islam supaya tidak hanya membicarakan soal ibadat sebaliknya turut menyentuh bidang sains dan ekonomi.

Beliau berkata, Mahathir juga mahu ekstremis agama terutamanya dalam isu kafir mengkafir sesama Islam diberi tumpuan selain komitmen kerajaan untuk membanteras fahaman ekstremis.

Menurutnya, JPM menghidupkan semula pertemuan sebulan sekali dengan para ulama dan cendekiawan Islam untuk memberi ruang kepada mereka melontarkan pandangan berkenaan permasalahan umat Islam di Malaysia.

Perbincangan itu nanti akan lebih berfokus tentang isu-isu tertentu berbanding pertemuan khas tersebut yang menyentuh mengenai pemerkasaan Islam dalam konteks yang lebih luas.

Sumber: Bernama

Last modified on Wednesday, 01 August 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!