wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 15 المحرّم 1440   |   Wednesday September 26 2018


KUALA LUMPUR - Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyasarkan RM1.5 juta bagi melaksanakan ibadat korban sempena perayaan Aidiladha (MyKorban) di 14 negara bergolak tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamarul Zaman Saharul Anwar berkata program MyKorban yang telah dijalankan hampir 20 tahun akan dilaksanakan bermula 22 hingga 25 Ogos akan datang.

“Empat belas negara atau kawasan yang terlibat iaitu di Cox’s Bazaar (Bangladesh). Filipina, Iraq, Kemboja, Lubnan, Myammar, Palestin di Tebing Barat dan Gaza, Somalia, Sri Lanka, Sudan, Syria, Vietnam dan Myammar iaitu di Arakan.

“Program berkenaan turut dilaksanakan dalam negara bagi pelarian terutamanya Rohingya, Palestin dan Iraq di mana tahun lalu kita telah laksanakan di Selangor dan Johor, tahun ini kita akan luaskan di Terengganu, Kelantan dan Kedah,” katanya pada sidang media ketika Majlis Pelancaran Ibadah Korban (MyKorban) dan Sambutan Aidilfitri MyCARE di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi MyCARE Dr Hafidzi Mohd Noor dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Dr Mohd Tahir Abdul Rahman.

Kamarul berkata, pihaknya menawarkan tiga pakej korban lembu dan dua pakej korban kambing sebagai pakej utama.

Bagi korban lembu untuk satu bahagian, pakej A berharga RM1,500 untuk umat Islam Palestin, Syria, Iraq, Lubnan dan Yaman manakala bagi pakej B berharga untuk ibadat korban di pelbagai lokasi antaranya di Filipina dan Kemboja.

Pakej C pula berharga RM700 bagi ibadat korban untuk pelarian yang berlindung dalam Malaysia.

Untuk korban kambing, pakej W ditawarkan pada harga RM590 di pelbagai lokasi manakala pakej X berharga RM1,100 untuk dilaksanakan di Syria.

Tambah Kamarul, MyCARE turut menawarkan pakej sejuk beku terutamanya bagi negara-negara sedang bergolak seperti Palestin.

“Bagi pakej sejuk beku berharga RM500 manakala pakej tin pula ditawarkan pada harga RM600, untuk tin ini kebiasaannya kita akan hantar ke Palestin di mana daging yang kita sembelih dan proses pengetinan akan dilaksanakan di Australia dan New Zealand.

“Di Palestin khususnya, mereka hanya mempunyai bekalan eletrik dua hingga empat jam sahaja sehari...jadi jika kita hantar dalam bentuk daging segar mereka terpaksa habiskan daging berkenaan dalam tempoh tertentu bagi mengelakkannya rosak,” katanya.

Orang ramai yang berminat untuk melakukan ibadah korban di MyCARE boleh melayari laman sesawang www.mykorban.org.  

Sumber: Utusan Borneo

Last modified on Friday, 13 July 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!