wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 7 ربيع الأوّل 1440   |   Wednesday November 14 2018


SERI KEMBANGAN - Majlis Ramah Mesra Sempena Aidilfitri IKRAM 1439H telah berlangsung meriah di Ibu Pejabat IKRAM di sini semalam dengan kehadiran kira-kira 450 orang tetamu pelbagai kaum, meneruskan tradisi mengeratkan silaturahim.

Hadir meraikan tetamu Presiden IKRAM Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, Timbalan Presiden Haji Zaid Kamaruddin, Setiausaha Agung Hj Nahar Md Nor dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM serta para kakitangan Ibu Pejabat IKRAM.

Majlis anjuran bersama IKRAM dan Badan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) dengan kerjasama Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) ini telah telah dihadiri jiran tetangga ibu pejabat, rakan-rakan NGO serta agensi kerajaan.

Antara yang hadir adalah wakil-wakil daripada LPPKN, ABIM, HALUAN, MIZAN, Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Bersih 2.0, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, YB Lim Kit Siang, Persatuan Belia Harmoni Malaysia dan lain-lain lagi.

Dalam pada itu, Setiausaha Wanita IKRAM Pusat, Prof Madya Dr Sabariah Baharun bersama Penolong Setiausaha, Pn Siti Alawiah Sahri dan AJK Wanita Pusat, Pn Haliza Abd Malik turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan tetamu-tetamu yang hadir.

Majlis ramah mesra pada tahun ini merupakan kali keempat diadakan di Ibu Pejabat IKRAM bertujuan memperkukuhkan hubungan kejiranan dan mengeratkan silaturahim dengan pelbagai pihak tanpa mengira agama dan bangsa.

Turut diundang NGO-NGO Islam, Palestin, wanita dan masyarakat madani, wakil kedutaan, agensi kerajaan serta ahli-ahli politik.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, termasuk jiran-jiran di sekitar ibu pejabat, yang jauh mahupun dekat,” kata Pengarah Majlis, Mohd Iqbal Hakim Adnan merangkap Pengerusi BAKIM.

Sehubungan itu, beliau berharap program seperti ini dapat menjadi satu platfom yang baik untuk saling berkenalan dan mengeratkan lagi perpaduan dalam usaha merealisasikan Malaysia menjadi Negara Rahmah.

Last modified on Thursday, 05 July 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd