wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 5 شوّال 1439   |   Tuesday June 19 2018

SHAH ALAM - Sempena 10 malam terakhir Ramadan, warga Selangor dijemput ke program Selangor Beriktikaf di beberapa masjid pilihan di sekitar Selangor bermula pada Sabtu hingga Ahad ini.

“Insya-Allah, beberapa program seperti tilawah dan tadabbur al-Quran, tazkirah, berbuka puasa, qiamullail dan sahur akan diaturkan untuk semua,” kata Yang Dipertua IKRAM Selangor, Haji Norazmi Mat Noh.

Tambahnya, program anjuran IKRAM Selangor melalui kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ini akan bermula pada jam 11.00 pagi Sabtu (9 Jun 2018) hingga 10.00 pagi Ahad (10 Jun 2018).

Sebanyak 12 buah masjid telah dikenal pasti sebagai tempat program yang akan berlangsung serentak di seluruh Selangor.

Masjid-masjid tersebut ialah Masjid Bukit Indah (Ampang), Masjid Al-Hasanah (Bandar Baru Bangi), Masjid Al-Amaniah (Batu Caves), Masjid At-Taufiqiah (Felda Soeharto, Hulu Selangor), Masjid Jamek Bandar Kajang dan Masjid As-Sa'adah (Bandar Sultan Sulaiman, Port Klang).

Turut menjadi lokasi Selangor Beriktikaf ialah Masjid At-Taqwa (Banting), Masjid Ar-Ridhuan (Jeram), Masjid Dato' Haji Kamaruddin (Petaling Jaya), Masjid Nuruddiniah (Sungai Hj Dorani, Sungai Besar), Masjid Jamek Sultan Hisamuddin (Bandar Baru Salak Tinggi) dan Masjid Fastabiqul Khairat (Batu Tiga, Shah Alam).

“Jemput hadir beramai-ramai bagi merebut peluang beribadah dalam program Selangor Beriktikaf ini.”

Last modified on Wednesday, 06 June 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!