wrapper

Berita Terkini

السبت 9 شوّال 1439   |   Saturday June 23 2018


KUBANG KERIAN - Selain mengagihkan bantuan untuk mangsa banjir, khidmat kesihatan untuk ibu dan bayi menyusu dan program khas bersama anak-anak mereka turut diadakan di beberapa Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Kelantan.

“Program khas seperti mewarna, melukis, menonton video dan slot Malaysians Against Pornography (MAP) telah berlangsung di PPS Rantau 2 dan Gelang Mas,” jelas Setiausaha i-Bantu Kelantan, Ustaz Azizee Rohim Japri.

Selain penyampaian ceramah MAP dan pemberian cenderahati untuk menceriakan kanak-kanak, tayangan video mengenai “Sentuhan Selamat dan Tidak Selamat” turut menarik perhatian mereka supaya menyedari tentang pentingnya melindungi diri.

Selain itu, pasukan i-Bantu dengan kerjasama Gabungan Bantuan Bencana NGO (BBNGO) turut mengadakan ziarah dan khidmat kesihatan untuk ibu dan bayi menyusu di PPS sekitar Pasir Mas dan Rantau Panjang serta PPS di Kok Lanas, Ketereh, Mulong dan lain-lain.

Menurut Azizee lagi, pihaknya juga berjaya mengagihkan sebanyak 350 pek bantuan makanan dan barang dapur kepada mangsa banjir yang terperangkap akibat rumah ditenggelami air di sekitar Tumpat, Rantau Panjang dan Pasir Mas.

  

Semasa banjir, dengan kerjasama Badan Kebajikan an-Nur, pek bantuan telah diagihkan ke Kg Kajang Sebidang, Kg Telaga Bata dan Kg Teluk Jering. Kg Gading, Kg Bakong dan Kg Merbau di samping Kg Chat, Kg Kolam dan Gelang Mas.

Dalam misi pertama pasca banjir pada 8 Disember 2017, dengan kerjasama BBNGO dan i-Bantu Johor, pek bantuan telah diagihkan ke Kg Lubuk Gong dan Kg Kok Pauh, Rantau Panjang.

Misi kedua pada keesokannya, bantuan turut diagihkan ke Kg Kalor, Kg Kolam, Kg Jerangau, Kg Chekok Ipoh, Banggol Nering, Kg Hutan Lanjut, Kg Padang Kijang dan Kg Melor di sekitar Tanah Merah dan Rantau Panjang.

“Sukarelawan (misi kedua) yang terlibat seramai 37 orang daripada i-Bantu IKRAM, termasuk lapan sukarelawan i-Bantu Selangor di samping pelajar-pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) seramai 22 orang dan delegasi i-Bantu Johor yang telah sedia ada di Kelantan,” kata Azizee.

  

Misi ketiga pada 10 Disember pula, 13 orang sukarelawan i-Bantu dan BBNGO mengagihkan bantuan di Kg Jenal, Dabong dengan membawa pek makanan, pek ibadah, minuman, pek pakaian terpakai dan penyerahan tunai RM1,000 untuk kebajikan penduduk kampung.

“Semoga Allah mengganjari kebaikan kepada para sukarelawan dan dermawan atas tenaga dan sumbangan dalam pelbagai bentuk yang dihulurkan kepada mangsa-mangsa banjir kali ini.”

Last modified on Thursday, 28 December 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd