wrapper

Berita Terkini

الجمعة 7 ذو القعدة 1439   |   Friday July 20 2018

SERI KEMBANGAN - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah berjaya menubuhkan empat kawasan baharu iaitu Kuala Nerus (Terengganu), Titiwangsa dan Wangsa Maju (Wilayah Persekutuan) dan juga Tangkak (Johor).

Penubuhan IKRAM Kuala Nerus telah diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 22 Oktober, IKRAM Titiwangsa dan IKRAM Wangsa Maju pada 22 Disember serta IKRAM Tangkak pada 24 Disember lalu.

Dalam Mesyuarat Penubuhan IKRAM Kawasan Kuala Nerus, Encik Ahmad Sabri Mohd Yazid dipilih sebagai Yang Dipertua (YDP) dan Ketua Wanita Puan Khatijah Dibok.

Encik Azmi Khair Ibrahim pula dilantik sebagai YDP IKRAM Titiwangsa dan Puan Rozita Arsat dilantik sebagai Ketua Wanita manakala YDP IKRAM Wangsa Maju ialah Encik Mohd Raswan Othman Mydin dan Ketua Wanitanya Puan Nooraida Sultan Ghany.

Sementara itu, Mesyuarat Penubuhan IKRAM Kawasan Tangkak melantik Encik Zainuddin Satar sebagai YDP dan Dr Rosdina Abd. Kahar sebagai Ketua Wanita.

Penubuhan ini menjadikan bilangan IKRAM Kawasan di Terengganu meningkat sebanyak lima, Wilayah Persekutuan enam kawasan dan Johor sebanyak 11 kawasan, menjadikan 85 IKRAM Kawasan secara keseluruhannya di seluruh negara.

IKRAM Kawasan sedia ada di Terengganu ialah Besut, Dungun, Kemaman dan Kuala Terengganu manakala Wilayah Persekutuan pula Bandar Tun Razak, Batu, Lembah Pantai dan Setiawangsa.

IKRAM Kawasan sedia ada di Johor pula ialah Batu Pahat, Bandaraya Johor Bahru, Johor Bahru Tengah, Kluang, Kulai, Muar, Pontian, Segamat, Pasir Gudang dan Pulai.

Tahniah kepada IKRAM Terengganu, IKRAM Wilayah Persekutuan dan IKRAM Johor kerana telah berjaya menubuhkan kawasan-kawasan ini.

Semoga dengan tertubuhnya kawasan-kawasan ini, lebih banyak aktiviti dakwah, tarbiah dan kebajikan dapat dilaksanakan untuk masyarakat setempat, insya-Allah.

Foto: Ahli-ahli Jawatankuasa IKRAM Tangkak yang dilantik bergambar bersama-sama YDP IKRAM Johor, Prof. Madya Dr Hj Jimaain Safar (duduk, empat dari kanan) yang merasmikan Mesyuarat Penubuhan Kawasan pada 23 November lalu.

Last modified on Tuesday, 26 December 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd