wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 8 شعبان 1439   |   Tuesday April 24 2018

SERI KEMBANGAN - Pengendali pengangkutan awam digesa supaya menguatkuasakan undang-undang dan meningkatkan pemantauan berikutan isu gangguan seksual dalam pengangkutan awam terhadap wanita baru-baru ini.

“Pengendali-pengendali pengangkutan awam seharusnya mengambil kira bagaimana keadaan wanita ketika menggunakan pengangkutan awam,” jelas Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim ketika dihubungi Astro Awani pada Isnin lalu.

Tambah beliau, ia boleh dilaksanakan dengan memerhatikan pembinaan infrastuktur yang selamat daripada gangguan seksual.

“Penguatkuasaan undang-undang kepada warga asing perlulah dikenakan tindakan yang sama dalam kes gangguan seksual ini,” kata Che Asmah ketika dihubungi Astro AWANI.

Tindakan undang-undang ini tegasnya, akan memberi mesej kepada warga asing supaya menghormati kaum wanita di negara ini.

“Saya melihat terdapat beberapa negara yang ambil warga asing tetapi keselamatan terjamin sebab penguatkuasaan undang-undang itu sangat kuat.”

Sebelumnya Sinar Harian 18 Disember lalu mendedahkan, polis bantuan Prasarana Malaysia Berhad telah menerima laporan  empat kes gangguan seksual pada Khamis lepas dalam rangkaian tren Rapid KL.

Ketua Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana, Lim Jin Aun berkata, suspek-suspek yang terlibat dalam tiga kes itu telah ditahan tidak lama selepas mangsa melaporkan insiden berkenaan kepada polis bantuan yang bertugas.

Beliau berkata sepanjang tahun ini, Prasarana berjaya menahan 21 individu yang disyaki terlibat kes seumpama itu dan menahan 13 suspek kerana disyaki mengganggu penumpang dalam pengangkutan awam.

Last modified on Thursday, 21 December 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd