wrapper

Berita Terkini

الأحد 9 ذو القعدة 1439   |   Sunday July 22 2018

KUALA LUMPUR - “Israel itu sendiri negara haram, bagaimana negara haram diberikan sebuah ibu negara milik rakyat Palestin selama ini?” soal Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor.

“Pengisytiharan Jerusalem (Baitulmaqdis) sebagai ibu negara Israel adalah satu pengisytiharan yang biadab kerana mengiktiraf suatu yang haram,” tegas beliau semasa demonstrasi aman dan penyerahan memorandum membantah pengisytiharan itu di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu.

Beliau turut menyatakan kesyukuran atas hikmah pengisytiharan ini yang telah menyatukan pelbagai jalur dalam kalangan umat Islam dan komuniti antarabangsa seluruhnya.

“Bukan sahaja negara-negara Arab dan umat Islam, bahkan pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah (EU), Kanada, Perancis telah menolak pengisytiharan biadab ini,” jelas beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembelaan Umat Sejagat IKRAM.

Dalam pada itu, Dr Hafidzi melahirkan keyakinan bahawa kebangkitan rakyat Palestin dalam siri terbaru Intifadhah ini mampu membebaskan Baitulmaqdis dan Tebing Barat sebagaimana Intifadhah pertama pada 1987 yang telah membebaskan Gaza.

Tambahnya, Baitulmaqdis telah dibebaskan oleh Saidina Umar al-Khattab RA pada 637 Masihi dan dibebaskan sekali lagi Salahuddin al-Ayyubi pada 1187 Masihi.

“2017 kita berkumpul di sini untuk menyatakan keyakinan kita bahawa Baitulmaqdis akan dibebaskan seolah-olah Donald Trump memberikan pemangkin (catalyst) proses pembebasan Baitulmaqdis.”

Dalam satu kenyataan media, MyCARE mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadab AS mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel.

“Tindakan ini jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi agensi, Perhimpunan Agung (UNGA) dan Majlis Keselamatan (UNSC) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang telah diluluskan sejak tahun 1947 termasuk Resolusi 2334 UNSC pada Disember 2016 dan resolusi UNESCO (41 COM 7A.36) pada Mei 2017.”

Beliau turut menyeru PBB, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Liga Arab dan negara-negara Eropah yang masih menghormati kedaulatan undang-undang antarabangsa untuk mengambil tindakan diplomatik yang sewajarnya mendesak AS menarik balik pengisytiharan ini agar ketegangan di Jerusalem dan Palestin dapat dielakkan.

Last modified on Wednesday, 13 December 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd