wrapper

Berita Terkini

الأحد 28 ربيع الأوّل 1439   |   Sunday December 17 2017

BANGLADESH - Ikon Women’s Boat to Gaza (WBG), Dr. Fauziah Mohd Hasan dan Ann Wright telah menyertai misi kemanusiaan, Cox’s Bazar 3: Gifts of Smiles bermula pada 26 November sehingga 2 Disember 2017 di sini.

Misi bantuan ini telah menyalurkan sumbangan rakyat Malaysia yang berjumlah RM60,000 kepada pelarian Rohingya di kem-kem sekitar Cox's Bazar.

“Bantuan kemanusiaan ini merangkumi set kelengkapan kebersihan diri, selimut, perkakas memasak, kelambu dan pek makanan,” ujar Rose2Rose.

Dalam pada itu, sebanyak 500 pek makanan seberat 20 kg telah diedarkan kepada 500 buah keluarga di kem Kutupalong, yang terdiri daripada minyak masak, bawang, kunyit, cili, beras, kacang dal, garam, kentang dan lain-lain.

Portable ultrasound pula telah diberikan kepada Dato' Dr. Musa dan Brigadier General Dr. Adnan daripada Malaysia Field Hospital untuk dimanfaatkan bagi merawat pesakit Rohingya.”

Dalam perkembangan berkaitan, ahli misi juga telah melawat beberapa tempat untuk mengumpul maklumat bagi menubuhkan Pusat Wanita Rose2Rose serta pengambilan penajaan anak yatim Rohingya.

Misi diteruskan pada hari kedua di kem Balukhali dengan penyaluran sumbangan yang berupa baldi, selimut, kelambu, periuk, dan tikar kepada 500 buah keluarga.

“Ahli misi juga sempat menceriakan kanak-kanak Rohingya dengan mengagihkan biskut oat dan coklat kepada 200 kanak-kanak di kem tersebut sebelum pulang.”

  

Pada hari seterusnya, ahli misi berada di Madrasah Abdullah Ibnu Abbas al-Islamiyyah dan Madrasah Ilmi di Cox's Bazar untuk menjalankan rawatan dan aktiviti psikososial kepada kanak-kanak Rohingya.

“Antara aktiviti yang dijalankan adalah main belon, skipping rope, lumba lari, hands print dan penyaluran sumbangan alat tulis.”

Dr. Fauziah pula menyertai rombongan doktor dari CSBD (Charitable Society Bangladesh Doctors), IMARET, FIMA dan ICR untuk memberikan rawatan O&G di pedalaman Kem Tengkali, yang telah menyantuni 340 orang pesakit dan 60% daripadanya adalah ibu hamil.

  

“Jelas kelihatan keriangan di raut wajah-wajah anak Rohingya, para ibu juga turut gembira kerana masih ada yang sudi untuk melihat keadaan mereka.”

Rose2Rose, MyCARE mewakili saudara-saudara Rohingya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang yang terus-menerus membantu dan menyalurkan sumbangan.

Pada tahun ini, MyCARE telah menyalurkan bantuan pertama bernilai RM80,000, bantuan kedua bernilai RM150,000, bantuan ketiga bernilai RM100,000 dan kini bantuan bernilai RM60,000.

Foto-foto Misi

  1. http://bit.ly/2AvhOLd
  2. http://bit.ly/2iRDFYU
  3. http://bit.ly/2ilBBVo
  4. http://bit.ly/2iPHmhN
Last modified on Tuesday, 05 December 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!