wrapper

Berita Terkini

الأحد 28 ربيع الأوّل 1439   |   Sunday December 17 2017

BUKIT JALIL - Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH), Johor Bahru telah meraih gangsa dalam sebuah pertandingan matematik peringkat antarabangsa, The 4th Malaysia International Mathemathics Olympiad Competition (MIMO 2017).

Seramai lebih 1,400 peserta dari seluruh dunia telah mengikuti kejohanan ini yang telah berlangsung pada 26-27 November yang lalu di SJK (C) Lai Meng di sini, anjuran Persatuan Matematik Olympiad Malaysia (PERMATO).

SRIH memenangi pingat gangsa bagi kategori berkumpulan (Middle Primary) yang disertai oleh Affan Muttaqin Muhammad Aizuddin, Muhammad Siddiq Atan, Afiqah Nur Atiqah Mohd Shahizan dan Arief Hakim Mohd Azizan.

Bagi kategori individu (Middle Primary) pula, Muhammad Siddiq dan Afiqah Nur Atiqah turut meraih pingat gangsa.

Dalam perkembangan berkaitan, SRIH juga menghantar pasukan Upper Primary yang terdiri daripada Muhammad Haziq Kelana, Hafiz Shafie Yosree, Akmal Hafizah Abdul Hishar dan Shazwan Shaifuddin.

Antara objektif MIMO 2017 adalah untuk memupuk minat pelajar terhadap matematik dan meneroka potensi mereka, di samping menjadi platform perkongsian idea dan pengalaman guru serta pelajar dalam subjek itu.

Tahniah SRIH! Semoga kejayaan sulung ini dapat menyuntik semangat dan minat pelajar lain dalam matematik dan meletakkan SRIH sebagai institusi pendidikan Islam yang bertaraf global.

Last modified on Thursday, 30 November 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!