wrapper

Berita Terkini

الأحد 28 ربيع الأوّل 1439   |   Sunday December 17 2017

KAHERAH - Buat julung kalinya Kelab IKRAM Mesir dengan kerjasama HALUAN Siswa dan ABIM Mesir telah menganjurkan Ehtam Bina, sebuah program kemasyarakatan yang berbentuk kesukarelawanan pada 25 November lalu.

Disertai 80 orang mahasiswa yang membersihkan masjid, sekolah dan jalan-jalan terpilih di sekitar Hayyu Sabiek, program ini bertujuan memupuk sifat cakna dalam diri mahasiswa terhadap hal-hal sekeliling seperti kebersihan alam sekitar.

Aktiviti kemasyarakatan ini seiring dengan salah satu ciri mahasiswa harmoni iaitu “Mahasiswa yang cakna tentang hal ehwal semasa”.

“Seawal jam 7.00 pagi lagi para peserta telah mendaftarkan diri di Teratak ABIM Mesir yang menjadi tempat berkumpul sebelum dibahagikan kepada empat kumpulan untuk menjalankan tugas pembersihan,” ujar IKRAM Mesir.

Seterusnya, setiap kumpulan telah diberikan tugas untuk membuat sepanduk mengikut kreativiti masing-masing yang bertemakan "Throw Kindness Like Confetti".

“Aktiviti pembersihan telah berlangsung di Masjid Taufiq dan Sekolah Ali bin Abi Talib. Para peserta kelihatan begitu bersemangat dan saling bekerjasama untuk membersihkan persekitaran masjid dan sekolah,” jelasnya.

Dalam pada itu, semua peserta sangat berpuas hati dengan kelancaran dan pelaksanaan program ini, malah berharap Ehtam Bina 2.0 bakal menyusul dengan aktiviti yang lebih menarik dan penyertaan yang lebih ramai.

Pihak penganjur berharap agar program ini dapat memberi kesedaran kepada para mahasiwa dan mahasiswi malah penduduk Mesir akan kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.

“Kami juga mengharapkan agar kekuatan ukhuwah antara ketiga-ketiga persatuan akan menjadi lebih erat dan mampu untuk bekerjasama lagi bagi menjayakan program-program akan datang.”

Last modified on Wednesday, 29 November 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!