wrapper

Berita Terkini

الخميس 4 ربيع الأوّل 1439   |   Thursday November 23 2017

KAJANG - Melihat ayah yang bekerja keras mencari rezeki, ia menimbulkan kesedaran kepada seorang pelajar Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi (SMSAAB), Muhammad Raziq Kaharuddin, 15, untuk mula jatuh cinta dengan solat sunat dhuha.

"Sebab yang pertama adalah bila tengok ayah saya balik kerja, saya tengok dia letih.”

“Dari situ, timbul kesedaran yang ayah saya bekerja keras mencari rezeki untuk keluarga," kata beliau yang meyakini solat dhuha dapat membuka pintu rezeki.

Konsisten solat dhuha di musolla sekolah hampir setiap pagi sebelum sesi persekolahan bermula, beliau turut didorong oleh salah seorang rakan beliau yang terlebih dahulu berbuat demikian.

"Mula-mula tu rasa susah, rasa tak ikhlas. Tapi lama-lama buat, insya-Allah, rasa susah tu hilang. Buat sahaja dahulu," pesan akhir beliau yang memberi inspirasi supaya rakan-rakan yang lain turut rajin menunaikan solat dhuha.

Perkara ini dikongsikan ketika sesi ‘Why Am I Here?’ dalam program Konvensyen Tahunan SMSAAB (KONTAS 2017) yang telah berlangsung pada 6-8 November lalu di Dewan Cempaka Kompleks PKNS Bangi.

    

Program yang bertemakan ‘Pengalaman Mendewasakan’ itu disertai seramai 254 orang yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3.

‘Bedah Movie’, sesi dialog bersama Mudir, Penolong Kanan dan Kaunselor ‘Tanyalah Ayahanda dan Bonda’, dan projek khidmat masyarakat ‘Ready For Take.. and Action!’ adalah antara aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan.

Para peserta diterapkan dengan nilai mengutamakan solat, kebersihan tanggungjawab bersama dan saling hormat-menghormati sepanjang program tersebut berlangsung.

Selain untuk memupuk keyakinan dan jati diri peserta, program ini juga diharapkan dapat memupuk rasa izzah (bangga) sebagai Muslim dan juga sebagai pelajar SMSAAB.

Menariknya, program ini digerakkan oleh para murabbi yang dalam kesibukan membuat persiapan akhir tahun dan juga alumni FASA (Former Al-Amin Bangi Student) yang mengorbankan masa cuti mereka untuk adik-adik.

Sumber & foto: FB SMSAAB

Last modified on Wednesday, 15 November 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd