wrapper

Berita Terkini

الخميس 4 ربيع الأوّل 1439   |   Thursday November 23 2017

KUALA LUMPUR - Menggabungkan tokoh dan penceramah dari dalam dan luar negara, program Unity Convention bakal mencoretkan perkongsian pengalaman, kemahiran dakwah dalam menyampaikan mesej Islam dalam pelbagai demografi masyarakat dunia.

"Konvensyen ini bakal berlangsung pada 25 dan 26 November ini di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang," kata Pengarah konvensyen, Abdul Ghaffar Mohd Sharif.

Jelasnya, objektif Unity Convention adalah untuk mempuk kesedaran tentang aktiviti dakwah, menjadi ejen perubahan masyarakat, belajar tip dan skil penting dalam menyampaikan Islam serta membina rangkaian komuniti dakwah.

Antara tokoh dan penceramah luar negara yang dijemput ialah Pengerusi Mercy Mission, Dr. Tawfique Chowdury (Australia), Presiden Islamic Information and Dawah Centre International, Dr. Shabir Ally (Kanada) dan CEO Al Azzouni Engineering, Sheikh Ossama al-Azzouni (Arab Saudi).

Tidak ketinggalan barisan tokoh dan penceramah tempatan dalam konvensyen ini seperti Ustaz Zul Ramli M. Razali, Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Hj. Kamaruddin Abdullah, Hj. Nicholas Sylvester, Xifu Naser dan Ahmad Azim Daniel Gurporeet.

"Tiga penceramah wanita turut menyerikan konvensyen iaitu Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, pendakwah Hidayah Centre, Ustazah Nooraidah Hidayah dan personaliti TV, Aliza Kim."

Tambahnya setakat ini, pendaftaran untuk Unity Convention sangat menggalakkan dan pihak penganjur masih membuka peluang untuk mendaftar sebelum atau pada Rabu ini, 15 November 2017.

"Kita juga menawarkan yuran berpatutan serendah RM50 selama dua hari untuk mualaf dan pelajar serta RM80 untuk ahli Rakan Hidayah, berbanding yuran biasa sebanyak RM100."

Mereka yang berminat bolehlah mendaftar untuk menyertai konvensyen secara atas talian di pautan http://bit.do/hcfunity3.

Last modified on Monday, 13 November 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!