wrapper

Berita Terkini

الخميس 4 ربيع الأوّل 1439   |   Thursday November 23 2017

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM, i-Bantu hari ini melancarkan Rayuan Pek Ibadah Mangsa Banjir Utara Semenanjung Malaysia.

“Pek ini mengandungi telekung, kain pelikat, sejadah dan tuala dengan kos penajaan adalah RM50 per set,” kata Pengarah Disaster and Emergency Response Unit (DERU) i-Bantu, Mahmud Ibrahim.

Tambahnya, i-Bantu mensasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM50,000 atau 1,000 pek ibadah untuk mangsa banjir.

Meskipun banjir semakin surut dan sebahagian mangsa banjir telah pulang, mereka perlu melakukan kerja pembersihan serta membaiki alatan dan barang yang rosak di tempat tinggal mereka.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (Maybank 5621 4240 5154), akaun PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA - KHIDMAT MASYARAKAT (Bank Islam 1211 30100 499 59) atau melalui atas talian di pautan www.i-bantu.org.my/reg/.

Sila sertakan bukti bayaran ke e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau WhatsApp/Telegram: +6017 276 6384 / +6011 6050 1137.

Untuk mendapatkan perkembangan terkini, layari facebook Khidmat Masyarakat IKRAM: i-Bantu, laman web  http://ibantu.ikram.org.my atau menghubungi Sekretariat i-Bantu IKRAM di talian +603 4101 2080.

Last modified on Wednesday, 08 November 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!