wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 3 ربيع الأوّل 1439   |   Wednesday November 22 2017

SERI KEMBANGAN - Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Haji Nahar Md Nor menyarankan agar semua pihak memberikan tumpuan bagi membantu mereka yang diuji oleh banjir.

“Mencari sebab kenapa banjir berlaku boleh dilakukan kemudian selepas semua yang diuji menerima bantuan sewajarnya,” ujar beliau.

Menurutnya, banyak perkara yang perlu dilakukan antaranya membersihkan rumah dan pakaian, menyediakan makan minum dan peralatan ibadah seperti telekung dan kit kebersihan seperti tuala wanita, berus gigi dan sebagainya.

“Tahniah kepada semua sukarelawan yang telah berhempas pulas membantu serta para dermawan yang telah menghulurkan bantuan.”

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada i-Bantu, sebuah institusi khidmat masyarakat di bawah IKRAM yang telah menggerakkan bantuan sejak dari awal banjir melanda.

“Ketika ramai yang sedang mencari sebab kenapa Allah turunkan ujian (banjir), anda sudah berada di medan membantu mereka yang diuji.”

Di samping itu, MyCARE, Skuad Banjir Harmoni (SKUBA) oleh Belia Harmoni dan Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) turut tidak ketinggalan mengadakan inisiatif bantuan untuk mangsa banjir.

Sumbangan untuk membantu mangsa banjir melalui i-Bantu boleh disalurkan ke akaun Maybank 562142405154 atas nama PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA, akaun Bank Islam 12113010049959 atas nama PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA - KHIDMAT MASYARAKAT atau menyumbang secara atas talian di pautan www.i-bantu.org.my/reg/.

Sila e-mel rekod sumbangan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau kirimkan salinan slip sumbangan melalui WhatsApp atau Telegram kepada +6017 276 6384 atau +6011 6050 1137.

Last modified on Tuesday, 07 November 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!